SPRM Kelantan tahan 33 suspek berkaitan pelbagai kesalahan rasuah sejak Januari
KOTA BAHARU 21 Nov. - Seramai 33 suspek ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan sejak Januari tahun ini hingga semalam berhubung pelbagai kes rasuah.
Pengarahnya, Datuk Ab. Aziz Aban berkata, penahanan itu melibatkan 25 kakitangan kerajaan Persekutuan dan negeri, enam orang awam dan dua kakitangan swasta.
"Jika dilihat statistik sepanjang 10 tahun lepas, seramai 11 individu didakwa pada setiap tahun dengan lebih 350 laporan dikemukakan, juga pada setiap tahun.
"Namun, sejak 2014, kita menerima kira-kira 160 laporan yang semakin berkualiti dan hasilnya, lebih ramai yang berjaya didakwa di mahkamah," katanya kepada pemberita pada Program Gerak Mesra Merakyatkan SPRM: Karnival Futsal SPRM Sempena Hari Anti Rasuah Sedunia 2015, di sini hari ini.
Beliau berkata, kesemua kes berkenaan melibatkan rasuah antara RM300 dan RM80,000.
Ab. Aziz berkata, daripada jumlah berkenaan seramai empat suspek telah didapati bersalah, 21 kes masih dalam proses pendakwaan, dua laporan tatatertib dikemukakan kepada agensi terlibat, empat kes masih dalam siasatan, satu kes disenarai hitam dan satu kes ditutup kerana kekurangan bukti. - BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/sprm-kelantan-tahan-33-suspek-berkaitan-pelbagai-kesalahan-rasuah-sejak-januari-1.160830#sthash.caY3Gy0J.dpuf
Comments
Post a Comment