Bekas Akauntan Terima Anugerah Ketua Pesuruhjaya SPRM
JOHOR BAHARU, 12 Nov (Bernama) -- Rasa tanggungjawab memperjuangkan
integriti selain minat mendalam dalam unit berunifom mendorong bekas
akauntan di sebuah syarikat swasta menamatkan Latihan Kursus Asas
Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Kejayaan itu lebih manis buat Wan Mohd Norhalim Zakaria, 30, apabila turut dipilih sebagai seorang daripada penerima Anugerah Ketua Pesuruhjaya SPRM, sekali gus menyandang jawatan Penguasa Gred 41.
"Saya bersyukur apabila berpeluang mengikuti latihan ini dan menamatkannya selepas lima tahun menghantar permohonan menjadi Penguasa SPRM," katanya yang ditemui pemberita selepas majlis tamat Latihan Kursus Asas Pegawai SPRM di sini, hari ini.
Anugerah itu disampaikan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed. Seramai 109 kadet menamatkan latihan itu selama setahun itu.
Bapa seorang anak itu berkata sepanjang latihan, dirinya diuji dengan pelbagai cabaran melibatkan kekuatan fizikal dan mental serta latihan akademik yang perlu diseimbangkan.
"Pada masa akan datang, mungkin cabaran ini tidak sama dan lebih mencabar ketika di alam pekerjaan, tetapi saya bersedia menempuhnya,"kata Wan Mohd Norhalim.
Seorang lagi penerima anugerah sama, Khalled Abdul Mobin, 34, berkata beliau memohon jawatan Penolong Penguasa Gred P29 kerana minat bekerja di sektor awam selepas 10 tahun bekerja dalam sektor swasta.
Khalled, yang turut menerima anugerah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme), berkata sepanjang menjalani latihan itu, beliau melalui banyak perubahan diri.
Beliau berharap kedua-dua anugerah itu dapat menjadi pemangkin semangat untuk bertugas dengan penuh dedikasi di Pejabat SPRM Melaka.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment