Posts

Showing posts from June, 2016

Tahniah Abu Kassim

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) ucap tahniah kepada Tan Sri Dr Abu Kassim Mohamed dilantik sebagai pakar jemputan Akademi Anti Rasuah Kebangsaan (IACA), Austria. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, perlantikan itu adalah satu pengiktirafan dan membuktikan standard pegawai penguatkuasaan di negara ini dipandang tinggi oleh dunia. Katanya, AICA adalah agensi yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). "Saya dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan tahniah kepada beliau di atas perlantikan itu. "Tan Sri Abu Kassim adalah seorang yang tidak asing lagi dalam kalangan Polis Antarabangsa (Interpol) kerana turut menganggotai Kumpulan Pakar m Menagani Rasuah (IGEC) Interpol sejak tahun 2007 dan turut terbabit dalam proses kod etika bagi anggota Interpol dunia. "Sepanjang perkhidmatan beliau bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan PDRM telah mencapai tahap kerjasama erat dan profesion

Maintaining MACC’s independence — TI-M

JUNE 23 — Transparency International Malaysia (TI-M) would like to extend its gratitude to the current Malaysian Anti Corruption Commission (MACC) Chief Commissioner, Tan Sri Abu Kassim Mohamed as the Chief Commissioner and Datuk Seri Mohd Shukri Abdull as the Deputy Chief Commissioner (Operations), in view of their current reported retirement or non-renewal of their appointments in MACC. It has been reported that Tan Sri Abu Kassim Mohamed term of service will end on August 1, 2016 and Dato’ Sri Mohd Shukri Abdull will be retiring in October. MACC has made great strides in the fight against corruption in the country under the leadership of both these outgoing senior officers and their contribution to the initial establishment and development of MACC while facing many challenges during their term of service is unquestionable. TI-M hopes that the incoming candidates who will take their place will be able to guide MACC in a similar manner and possess the needed qualifications and

Personaliti pencegahan rasuah yang disegani

KUALA LUMPUR - Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang bakal menamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 1 Ogos ini, merupakan seorang personaliti yang disegani di arena tempatan mahupun antarabangsa. Menerajui kepimpinan SPRM pada 1 Jan 2010, Abu Kassim telah terlibat dalam proses pembangunan SPRM sehingga mengangkat nama dan martabat suruhanjaya itu sebagai sebuah badan pencegahan rasuah yang berkaliber. Abu Kassim, 55, memulakan kerjayanya dengan Badan Pencegah Rasuah (BPR) setelah tamat pengajian di Universiti Sains Malaysia pada tahun 1984 dan sejak itu, meniti pelayaran kerjaya 30 tahun bersama BPR, yang kemudiannya dikenali sebagai SPRM mulai 1 Jan 2009. Bermula sebagai seorang pegawai penyiasat, beliau kemudiannya menaiki tangga korporat agensi berkenaan sehingga memegang jawatan sekarang. Pada tahun 1990, beliau dilantik sebagai Ketua Badan Pencegah Rasuah cawangan Sibu, Sarawak dan dilantik sebagai Pengarah

KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM: SPRM DAN PDRM TANDATANGANI NOTA KERJASAMA, BERKONGSI BANTERAS RASUAH

Image
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini meningkatkan kerjasama antara kedua-dua pihak dengan menandatangani Nota Kerjasama bagi menjalinkan persefahaman serta berkongsi kepakaran dalam usaha membanteras rasuah. Majlis menandatangani Nota Kerjasama tersebut berlangsung di Dewan Theatrette, Menara 1, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman. Ia disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Dato’ Sri Mustafar Ali mewakili SPRM manakala PDRM diwakili oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dengan disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Paul Low Seng Kuan. Kerjasama yang dijalinkan oleh kedua-dua agensi berkenaan bertujuan memastikan usaha pengukuhan integriti dan pembanterasan jenayah rasuah dapat dilaksanakan dengan cekap serta berkesan. Antara perkara utama yang dipersetujui menerusi kerjasama ini ialah: 1. Mewujudkan persefahaman dan perkongsian kepakaran serta mak

DSP ditahan disyaki terima rasuah

Kota Kinabalu: Seorang pegawai polis berpangkat Deputi Superintendan (DSP) ditahan reman lima hari bermula hari ini, kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM5,000. Pegawai polis berumur 43 tahun berkenaan ditahan di pakir Lot Market 88 Kepayan, dekat sini, kira-kira 10 pagi semalam. Pegawai polis berkenaan disyaki menerima wang itu daripada seorang pengadu sebagai dorongan untuk menutup kes pengadu yang disyaki terbabit dalam kes penipuan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Pengarah SPRM Sabah Datuk Shaharom Nizam Abd Manap mengesahkan penahanan pegawai polis berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. http://www.hmetro.com.my/node/146627

Nelayan Vietnam dipenjara sogok penguat kuasa APMM

KUCHING 20 Jun- Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuching hari ini dilapor menjatuhi hukuman sebulan penjara dan denda RM10,000 ke atas seorang nelayan Vietnam yang mengaku bersalah memberi rasuah kepada pegawai penguat kuasa Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) pada Mac lepas. Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan berkata, Thai Van Thanh, 35, yang dituduh di mahkamah pada 5 Mei lalu mengaku bersalah pada hari perbicaraan pertama di hadapan Hakim Nixon Kennedy. Dia didakwa memberi rasuah RM1,900 kepada Pegawai APMM, Leftenan Muda Shahidan Hassan sebagai dorongan untuk melepaskan dia yang memasuki dan menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran Pengarah Perikanan Malaysia yang merupakan kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985. Menurut kenyataan itu, kesalahan tersebut didakwa dilakukan pada 31 Mac kira-kira pukul 6.21 pagi di 165 batu nautika daripada Tanjung Po Utara, Sarawak. Van Thanh didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akt

Daftar nikah: Tiga pegawai kerajaan ditahan reman

KUALA TERENGGANU - Tiga kakitangan awam termasuk pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) ditahan kerana dipercayai ahli sindiket pengeluaran sijil dan kad akuan nikah tidak sah kepada pasangan suami isteri di negeri ini, semalam. Sindiket yang menawarkan proses membuat kad dan sijil nikah kepada pasangan tanpa perlu menghadirkan diri ke mahkamah serta tidak perlu membayar denda kerana bernikah di luar negara ini berjaya dibongkar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu dalam operasi khas di sekitar bandar raya ini, semalam. Ketiga-tiga lelaki masing-masing berusia antara 30 hingga 43 tahun itu ditahan dalam tiga serbuan berasingan bermula kira-kira jam 12.30 tengah hari hingga jam 11.30 malam. Menurut sumber, suspek pertama berusia 43 tahun dan juga pegawai JHEAT itu ditahan di sekitar bandar raya ini kira-kira jam 12.30 tengah hari diikuti suspek kedua berusia 30 tahun dan suspek ketiga 34 tahun, masing-masing ditahan jam 5.30 petang da

Ada VIP terlibat daftar poligami guna sindiket

SHAH ALAM - Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati terdapat VIP yang menggunakan khidmat sindiket daftar nikah di Terengganu dan tidak menolak kemungkinan akan membuat lebih banyak tangkapan lagi. Pengarah Perisikannya, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, VIP berkenaan yang bergelar datuk ini telah mendaftarkan pernikahan keduanya menggunakan perkhidmatan haram ini. "Mungkin kerana takut isteri pertamanya mengetahui dia telah berkahwin, dia gunakan kaedah ini," katanya kepada Sinar Harian. Bagaimanapun katanya, beliau tidak dapat mengulas lanjut kerana siasatan masih dilakukan SPRM. "SPRM juga sedang menyiasat sejauh mana sindiket ini telah bergerak dan akan membuat tangkapan lagi sekiranya perlu. "Mustahil mereka bertiga sahaja terlibat dengan perkara ini, SPRM sedang mengkaji rekod dan dokumen berkaitan pendaftaran nikah yang telah dikeluarkan," katanya. Beliau berkata demikian mengulas pendedahan sindiket daft

SPRM tahan tiga dalang sindiket daftar nikah

SHAH ALAM - Tiga individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung menerima rasuah bagi memudahkan pendaftaran nikah sempadan khususnya di Thailand. Seorang daripadanya adalah pegawai Jabatan Agama Islam dan dua lagi adalah pegawai kerajaan berlainan agensi. Sumber SPRM berkata, ketiga-tiga suspek lelaki itu berusia antara 30 hingga 43 itu ditahan semalam di sekitar Kuala Terengganu untuk diambil keterangan. Menurutnya lagi, penahanan mereka sekali gus berjaya  membongkar sindiket pengeluaran sijil dan kad akuan nikah tidak sah. "Suspek pertama yang berusia 43 tahun merupakan pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama ditahan di sekitar Kuala Terengganu kira-kira jam 12.30 tengah semalam. "Manakala suspek kedua merupakan kakitangan kerajaan juga ditahan di sekitar negeri itu pada jam 5.30 petang bersama sejumlah wang bernilai RM1,300," katanya kepada Sinar Harian. Sementara itu, suspek ketiga berusia 34 tahun ditahan sekitar jam 1130 malam. &quo

SPRM siasat seleweng LPG

Image
KUALA LUMPUR 16 Jun – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat dakwaan kegiatan penyelewengan membabitkan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi jika terdapat unsur rasuah berhubung isu berkenaan. Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata, pihaknya perlu meneliti dahulu kewujudan kesalahan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan isu berkenaan sebelum mengambil tindakan selanjutnya. “Kita akan melihat dahulu laporan yang dibuat dan jika ada kegiatan rasuah dalam isu itu, pihak SPRM akan campur tangan. “Kita tidak akan jalankan siasatan selagi tiada sebarang bukti terdapat kegiatan rasuah dalam perkara ini. Jika ada, kita akan mulakan siasatan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) semalam membuat laporan di Ibu Pejabat SPRM di Kuala Lumpur bagi menggesa SPRM bertindak menjejaki ‘ta­ngan ghaib’ yang didakwa melindungi kegiatan penyelewengan LPG itu. Perk

KENYATAAN MEDIA SPRM: PEGAWAI IMIGRESEN TERIMA RASUAH DIPENJARA SEMINGGU, DENDA RM6,000

Image
Mohd. Faizal Ariff, 32, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas kesalahan menerima wang suapan sebanyak RM4,000 sebagai dorongan untuk membebaskan tiga orang warga asing yang telah ditahan oleh pihak Imigresen Negeri Selangor kerana menyalahgunakan permit kerja. SEORANG pegawai Jabatan Imigresen Negeri Selangor dijatuhkan hukuman penjara selama seminggu dan denda sebanyak RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen Jenayah Shah Alam hari ini atas kesalahan menerima wang suapan berjumlah RM4,000, tahun lalu. Hakim Asmadi Hussin menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Mohd. Faizal Ariff Mohd. Nasir, 32, selepas tertuduh mengaku bersalah menerima wang suapan tersebut sebagai dorongan untuk membebaskan tiga orang warga asing yang telah ditahan oleh Imigresen Negeri Selangor kerana menyalahgunakan permit kerja. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Jabatan Imigresen Selangor pada 24 Mac tahun lalu dan dituduh di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukk

Bekas Ahli Parlimen ditahan SPRM

Bekas Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam. SHAH ALAM: Bekas Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, petang semalam. Difahamkan, beliau ditahan bersama wang berjumlah RM30,000. Penahanan Manikavasagam mulai tersebar menerusi aplikasi WhatsApp semalam, yang antara lain mendakwa bekas wakil rakyat PKR yang kini menjadi penyelaras kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati itu menerima rasuah. Ia dipercayai mempunyai kaitan dengan kontraktor kelas G3 bagi membolehkan syarikat miliknya mendapat tender baik pulih kemudahan awam bernilai hampir RM1 juta. Difahamkan, penahanan dibuat selepas intipan selama empat bulan ke atas Ketua Cabang PKR Kuala Selangor itu susulan beberapa laporan membabitkan penyalahgunaan kuasa. Sementara itu, sumber SPRM ketika dihubungi BH, mengesahkan penahanan itu. "Saya tidak mahu mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan," katanya. http://www.bharian.com.my/node/16

Pegawai Imigresen mengaku terima suapan

Shah Alam: Pegawai Jabatan Imigresen Selangor dipenjara seminggu dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas kesalahan menerima suapan untuk membebaskan tiga warga asing, tahun lalu. Hakim Asmadi Hussin memutuskan demikian selepas tertuduh, Mohd Faizal Ariff Mohd Nasir, 32, mengaku bersalah atas pertuduhan itu. Mengikut pertuduhan, dia didakwa menerima suapan RM4,000 daripada seorang lelaki sebagai dorongan untuk melepaskan tiga warga India yang ditahan Imigresen kerana salah guna permit pada 11.50 malam, 24 Mac tahun lalu. Justeru, tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Siti Syakimah Ibrahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam. http://www.hmetro.com.my/node/145483

Pegawai kastam antara 3 ditahan minta rasuah

KANGAR: Tiga lelaki termasuk dua pegawai penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki terbabit rasuah. Dua pegawai kastam berusia lingkungan 40-an itu ditahan di sekitar Kuala Perlis semalam, susulan tindakan mereka yang didakwa meminta wang suapan daripada seorang pemilik bot yang melakukan kesalahan memiliki lebihan diesel berbanding had lesen dibenarkan.  Suspek ketiga yang juga berusia lingkungan 40-an itu ditahan hari ini, selepas disyaki bersubahat dengan dua pegawai berkenaan bagi mendapatkan rasuah.  Pengarah SPRM Kedah, Yaacop Angah, mengesahkan penahanan ketiga-tiga suspek untuk siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.  Berdasarkan siasatan, katanya, dua pegawai kastam terbabit dikatakan menahan lesen bot yang dikesan melakukan kesalahan terbabit pada Sabtu lalu dan meminta RM4,000 sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan kepada pemilik bot.  "Bagaimana

Rasuah punca sindiket berleluasa

Image
KUALA LUMPUR 11 Jun – Amalan rasuah termasuklah membocor­kan maklumat operasi dan kutipan bulanan oleh sesetengah anggota agensi penguat kuasa di­dakwa menjadi punca penye­lewengan gas petroleum cecair (LPG) terus berleluasa. Walaupun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berusaha mengatasi masalah ini namun sikap tidak amanah segelintir anggota penguat kuasa menyebabkan sindiket terus menjalankan kegiatan haram mereka tanpa rasa takut. Berdasarkan maklumat yang diterima oleh Mingguan Malaysia, ada dakwaan segelintir anggota penguat kuasa bersekongkol atau menjadi 'tali barut’ sindiket yang turut terdiri daripada syarikat berlesen. “Dalam berhadapan isu ini kerajaan tidak ada pilihan selain memastikan agensi penguatkuasa terlibat benar-benar berinte­griti dan tidak bersubahat dengan sindiket,’’ kata satu sumber kepada Mingguan Malaysia. Pada masa sama, sumber itu juga mendesak KPDNKK supaya lebih telus dan tegas dalam mema

Shukri rebah dan hampir mati dalam kes Teoh Beng Hock

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Shukri Abdull memberitahu, dirinya menerima tamparan paling hebat selepas berlakunya kes Teh Beng Hock pada tujuh tahun lalu. Shukri berkata, beliau tidak dapat melelapkan diri selama 14 hari berturut-turut dan dimasukkan ke hospital selepas rebah, malahan hampir kehilangan nyawa. "Saya tidak pernah cerita benda ini kepada ahli keluarga atau SPRM, saya tak mahu mereka lihat saya bermuram atau bersedih. "Saya tanggung seorang diri dan saya perlu ambil ubat sejak kes ini. Tekanan darah saya mencecah 200 dan ia boleh ragut nyawa saya bila-bila masa," katanya dalam wawancara dengan China Press sempena persaraan beliau pada Oktober depan. Disebabkan kepenatan yang melampau, Shukri akhirnya rebah tetapi diselamatkan di hospital. "Doktor beritahu bahawa saya mungkin mati kalau terlambat hantar ke hospital," katanya. Walaupun kes Teoh Beng Hock menyebabkan Shukri

Pengalaman Shukri Abdull digari polis

Ini bukan babak filem, tetapi kisah benar yang pernah melanda Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Shukri Abdull. Orang penting SPRM itu menceritakan bagaimana beliau menemui sebungkus dadah satu kilogram di dalam keretanya, dipercayai diletakkan oleh musuh yang berniat memusnah kerjayanya sebagai penentang rasuah. Shukri berkata, kejadian itu berlaku pada 1987 semasa beliau bertugas di SPRM Pulau Pinang. Selepas menjamu makanan tengah hari pada hujung minggu, Shukri tiba-tiba berasa ingin mengemas kereta dan beliau kemudian menemukan sebungkus dadah di bawah karpet kenderaannya. Tanpa berfikir panjang, beliau segera membuat laporan polis bersama beg berwarna kuning yang mengandungi dadah, keputusannya itu ternyata menyelamatkannya. Keesokannya harinya Shukri telah ditahan sekumpulan polis di Seberang Perai ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. "Saya masih ingat tangan saya digari dan polis menggeledah keret

SPRM masih siasat dakwaan Rafizi

Image

Tidak kira siasat siapa, SPRM tetap dimaki rakyat – Shukri

Image
PETALING JAYA: Cabaran terbesar yang dihadapi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ialah rakyat suka mempolitikkan masalah rasuah. Malah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, tidak kira ahli politik mana yang disiasat suruhanjaya itu, mereka tetap dimaki dan dianggap “anjing”, “hantu” atau “barua”. “SPRM sangat bebas, tidak kira siapa (suspek itu) kami akan siasat. Tetapi masalah di Malaysia ialah rakyat suka mempolitikkan masalah rasuah. “Jika kami siasat seorang ahli politik, orang ramai akan menganggap SPRM sebagai alat parti lawan. Contohnya ketika siasat kerajaan, kami akan dianggap alat parti lawan,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama China Press menjelang persaraannya pada Oktober nanti. Beliau bagaimanapun berpendapat, dimarahi kerajaan atau parti pembangkang bukannya perkara buruk kerana ia boleh membuktikan SPRM adalah badan yang bebas. Shukri memberi contoh ketika SPRM menyiasat orang UMNO, kes kema

Answering to the people

LAST Saturday, we at Ideas launched a campaign called #NyahKorupsi. This is the next stage of our work since last year to strengthen the fight against corruption in Malaysia. Since July 31, 2015, we have been briefing top policymakers, civil society leaders and leaders of parties in Government and Opposition about the need to undertake four major reforms. First, the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) needs to be upgraded into a constitutionally mandated Independent Anti-Corruption Commission with 15 commissioners who enjoy security of tenure. Second, there are parts of the MACC Act 2009 that need to be amended to give more investigating powers to the relevant bodies. Third, several Acts including the Official Secrets Act, the Whistleblower Protection Act and the Witness Protection Act, need to be amended too. And we need to introduce new laws to enable freedom of information and asset declarations. Fourth, there is a need to strengthen the institutions of Attorney-G