Bekas Ahli Parlimen ditahan SPRM
Bekas Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam. SHAH ALAM: Bekas Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, petang semalam.
Difahamkan, beliau ditahan bersama wang berjumlah RM30,000. Penahanan Manikavasagam mulai tersebar menerusi aplikasi WhatsApp semalam, yang antara lain mendakwa bekas wakil rakyat PKR yang kini menjadi penyelaras kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati itu menerima rasuah.
Ia dipercayai mempunyai kaitan dengan kontraktor kelas G3 bagi membolehkan syarikat miliknya mendapat tender baik pulih kemudahan awam bernilai hampir RM1 juta.
Difahamkan, penahanan dibuat selepas intipan selama empat bulan ke atas Ketua Cabang PKR Kuala Selangor itu susulan beberapa laporan membabitkan penyalahgunaan kuasa.
Sementara itu, sumber SPRM ketika dihubungi BH, mengesahkan penahanan itu.
"Saya tidak mahu mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan," katanya.
http://www.bharian.com.my/node/164912

Comments
Post a Comment