Pegawai Imigresen mengaku terima suapan
Shah Alam: Pegawai Jabatan Imigresen Selangor dipenjara seminggu dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas kesalahan menerima suapan untuk membebaskan tiga warga asing, tahun lalu.
Hakim Asmadi Hussin memutuskan demikian selepas tertuduh, Mohd Faizal Ariff Mohd Nasir, 32, mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa menerima suapan RM4,000 daripada seorang lelaki sebagai dorongan untuk melepaskan tiga warga India yang ditahan Imigresen kerana salah guna permit pada 11.50 malam, 24 Mac tahun lalu.
Justeru, tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Siti Syakimah Ibrahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
http://www.hmetro.com.my/node/145483
Comments
Post a Comment