SPRM tahan tiga dalang sindiket daftar nikah

SHAH ALAM - Tiga individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung menerima rasuah bagi memudahkan pendaftaran nikah sempadan khususnya di Thailand.

Seorang daripadanya adalah pegawai Jabatan Agama Islam dan dua lagi adalah pegawai kerajaan berlainan agensi.

Sumber SPRM berkata, ketiga-tiga suspek lelaki itu berusia antara 30 hingga 43 itu ditahan semalam di sekitar Kuala Terengganu untuk diambil keterangan.

Menurutnya lagi, penahanan mereka sekali gus berjaya  membongkar sindiket pengeluaran sijil dan kad akuan nikah tidak sah.

"Suspek pertama yang berusia 43 tahun merupakan pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama ditahan di sekitar Kuala Terengganu kira-kira jam 12.30 tengah semalam.

"Manakala suspek kedua merupakan kakitangan kerajaan juga ditahan di sekitar negeri itu pada jam 5.30 petang bersama sejumlah wang bernilai RM1,300," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, suspek ketiga berusia 34 tahun ditahan sekitar jam 1130 malam.

"Turut ditemui wang tunai berjumlah RM1,300 pada suspek," katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan terdapat sindiket yang memudahkan proses perkahwinan yang dalangnya merupakan kakitangan kerajaan.

Menerusi cara ini pasangan yang terdesak ingin bernikah tidak perlu lagi bersusah payah untuk berdepan sebarang prosedur perundangan tanpa memikirkan risiko.

Jelas sumber itu lagi, berdasarkan siasatan awal, sindiket dipercayai menawarkan bayaran sebanyak RM3,500 bagi setiap individu khususnya suami yang ingin berpoligami bagi mendapatkan dokumen pernikahan tidak sah tersebut.

"Tangkapan pertama dibuat selepas pegawai tersebut menerima bayaran akhir berjumlah RM1,000 bagi menyerahkan sijil dan kad akuan nikah kepada pasangan yang mendapatkan khidmat beliau.

"Sindiket ini juga menguruskan pernikahan mana-mana pasangan berkaitan di negara jiran tanpa perlu kebenaran isteri pertama atau melalui proses di mahkamah sekiranya ingin berpoligami.

Ketiga-tiganya kini ditahan untuk membantu siasatan dan disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Kesemua suspek akan direman jam 11 pagi ini di Terengganu.


http://www.sinarharian.com.my/semasa/sprm-tahan-tiga-dalang-sindiket-daftar-nikah-1.534122

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip