Pegawai kastam antara 3 ditahan minta rasuah

KANGAR: Tiga lelaki termasuk dua pegawai penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki terbabit rasuah.

Dua pegawai kastam berusia lingkungan 40-an itu ditahan di sekitar Kuala Perlis semalam, susulan tindakan mereka yang didakwa meminta wang suapan daripada seorang pemilik bot yang melakukan kesalahan memiliki lebihan diesel berbanding had lesen dibenarkan. 

Suspek ketiga yang juga berusia lingkungan 40-an itu ditahan hari ini, selepas disyaki bersubahat dengan dua pegawai berkenaan bagi mendapatkan rasuah. 

Pengarah SPRM Kedah, Yaacop Angah, mengesahkan penahanan ketiga-tiga suspek untuk siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. 

Berdasarkan siasatan, katanya, dua pegawai kastam terbabit dikatakan menahan lesen bot yang dikesan melakukan kesalahan terbabit pada Sabtu lalu dan meminta RM4,000 sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan kepada pemilik bot. 

"Bagaimanapun, kedua-dua suspek dipercayai hanya menerima RM3,000 daripada pemilik bot berkenaan, sebelum menyerahkan semula lesen yang ditahan. 

"Ketika ini, dua pegawai terbabit direman empat hari bermula hari ini untuk tindakan lanjut dan SPRM akan melengkapkan siasatan sebelum dikemukakan untuk pertimbangan Timbalan Pendakwa Raya," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/164307

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip