DSP ditahan disyaki terima rasuah

Kota Kinabalu: Seorang pegawai polis berpangkat Deputi Superintendan (DSP) ditahan reman lima hari bermula hari ini, kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM5,000.
Pegawai polis berumur 43 tahun berkenaan ditahan di pakir Lot Market 88 Kepayan, dekat sini, kira-kira 10 pagi semalam.
Pegawai polis berkenaan disyaki menerima wang itu daripada seorang pengadu sebagai dorongan untuk menutup kes pengadu yang disyaki terbabit dalam kes penipuan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Pengarah SPRM Sabah Datuk Shaharom Nizam Abd Manap mengesahkan penahanan pegawai polis berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip