Pengalaman Shukri Abdull digari polis
Ini bukan babak filem, tetapi kisah benar yang pernah melanda Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Shukri Abdull.
Orang penting SPRM itu menceritakan bagaimana beliau menemui sebungkus dadah satu kilogram di dalam keretanya, dipercayai diletakkan oleh musuh yang berniat memusnah kerjayanya sebagai penentang rasuah.
Shukri berkata, kejadian itu berlaku pada 1987 semasa beliau bertugas di SPRM Pulau Pinang.
Selepas menjamu makanan tengah hari pada hujung minggu, Shukri tiba-tiba berasa ingin mengemas kereta dan beliau kemudian menemukan sebungkus dadah di bawah karpet kenderaannya.
Tanpa berfikir panjang, beliau segera membuat laporan polis bersama beg berwarna kuning yang mengandungi dadah, keputusannya itu ternyata menyelamatkannya.
Keesokannya harinya Shukri telah ditahan sekumpulan polis di Seberang Perai ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.
"Saya masih ingat tangan saya digari dan polis menggeledah kereta saya, mereka tak dapat cari apa-apa.
"Saya tidak dapat bayangkan keadaannya kalau dadah dijumpai dalam kereta. Saya tidak boleh berdalih dalam keadaan itu dan Shukri hari ini pasti sudah tidak wujud," katanya dalam wawancara dengan China Press sempena dengan persaraan beliau pada Oktober.
Shukri berkata, dalang yang meletak dadah itu tidak dapat dikesan sehingga hari ini.
"Saya dipindah ke ibu pejabat selepas kejadian itu, ia bagaimanapun tidak menakutkan saya untuk terus berkhidmat di bawah SPRM," katanya.
http://malaysiagazette.com/ms/akhbar-cina/pengalaman-shukri-abdull-digari-polis?utm_campaign=shareaholic&utm_medium=facebook&utm_source=socialnetwork
Comments
Post a Comment