Shukri rebah dan hampir mati dalam kes Teoh Beng Hock
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Shukri Abdull memberitahu, dirinya menerima tamparan paling hebat selepas berlakunya kes Teh Beng Hock pada tujuh tahun lalu.
Shukri berkata, beliau tidak dapat melelapkan diri selama 14 hari berturut-turut dan dimasukkan ke hospital selepas rebah, malahan hampir kehilangan nyawa.
"Saya tidak pernah cerita benda ini kepada ahli keluarga atau SPRM, saya tak mahu mereka lihat saya bermuram atau bersedih.
"Saya tanggung seorang diri dan saya perlu ambil ubat sejak kes ini. Tekanan darah saya mencecah 200 dan ia boleh ragut nyawa saya bila-bila masa," katanya dalam wawancara dengan China Press sempena persaraan beliau pada Oktober depan.
Disebabkan kepenatan yang melampau, Shukri akhirnya rebah tetapi diselamatkan di hospital.
"Doktor beritahu bahawa saya mungkin mati kalau terlambat hantar ke hospital," katanya.
Walaupun kes Teoh Beng Hock menyebabkan Shukri marah dan sedih, tetapi ia juga mendorong penambahbaikan SPRM.
Katanya, cadangan daripada suruhanjaya diraja membolehkan transformasi SPRM dijalankan secara menyeluruh sehingga badan itu lebih berkemampuan dalam melakukan siasatan.
Menurutnya, SPRM sebelum ini berdepan masalah untuk melakukan siasatan ke atas rasuah yang berselindung di sebalik akaun yang rumit.
Ujarnya, kini SPRM bagaimanapun mampu
menyiasat walaupun aktiviti rasuah berkenaan dilindungi secara berlapis-lapis dalam akaun, kerana badan tersebut telah menggaji pakar antarabangsa untuk memberi tunjuk ajar.
menyiasat walaupun aktiviti rasuah berkenaan dilindungi secara berlapis-lapis dalam akaun, kerana badan tersebut telah menggaji pakar antarabangsa untuk memberi tunjuk ajar.
"Saya gembira kerana sebelum meninggalkan SPRM, saya dapat melihat kami mempunyai pegawai yang hebat dan teknologi yang baik.
"Saya tidak lagi risau akan kemampuan SPRM, kami mampu selesaikan apa jua kes yang ada," katanya.
http://malaysiagazette.com/ms/akhbar-cina/shukri-rebah-dan-hampir-mati-dalam-kes-teoh-beng-hock?utm_campaign=shareaholic&utm_medium=facebook&utm_source=socialnetwork
Comments
Post a Comment