SPRM siasat seleweng LPG
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata, pihaknya perlu meneliti dahulu kewujudan kesalahan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan isu berkenaan sebelum mengambil tindakan selanjutnya.
“Kita akan melihat dahulu laporan yang dibuat dan jika ada kegiatan rasuah dalam isu itu, pihak SPRM akan campur tangan.
“Kita tidak akan jalankan siasatan selagi tiada sebarang bukti terdapat kegiatan rasuah dalam perkara ini. Jika ada, kita akan mulakan siasatan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) semalam membuat laporan di Ibu Pejabat SPRM di Kuala Lumpur bagi menggesa SPRM bertindak menjejaki ‘tangan ghaib’ yang didakwa melindungi kegiatan penyelewengan LPG itu.
Perkara itu dibuat berdasarkan laporan Utusan Malaysia pada 3 Januari lalu yang mendedahkan kerajaan mengalami kerugian mencecah RM800 juta pada tahun lalu akibat ketirisan LPG bersubsidi.
Ahad lalu, Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM), Datuk Mohd. Firdaus Abdullah mendedahkan wujud ‘tangan ghaib’ yang melindungi kegiatan penyelewengan itu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/sprm-siasat-seleweng-lpg-1.343394#sthash.d0FpjWXj.dpuf
Comments
Post a Comment