Tahniah Abu Kassim
Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) ucap tahniah kepada Tan Sri Dr Abu Kassim Mohamed dilantik sebagai pakar jemputan Akademi Anti Rasuah Kebangsaan (IACA), Austria.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, perlantikan itu adalah satu pengiktirafan dan membuktikan standard pegawai penguatkuasaan di negara ini dipandang tinggi oleh dunia.
Katanya, AICA adalah agensi yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
"Saya dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan tahniah kepada beliau di atas perlantikan itu.
"Tan Sri Abu Kassim adalah seorang yang tidak asing lagi dalam kalangan Polis Antarabangsa (Interpol) kerana turut menganggotai Kumpulan Pakar m
Menagani Rasuah (IGEC) Interpol sejak tahun 2007 dan turut terbabit dalam proses kod etika bagi anggota Interpol dunia.
"Sepanjang perkhidmatan beliau bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan PDRM telah mencapai tahap kerjasama erat dan profesional bagi membanteras rasuah dan ink diterjemahkan melalui program pendidikan bersama yang berjaya diwujudkan,," katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.
Abu Kassim akan menamatkan perkhidmatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM mulai 1 Ogos ini.
http://www.hmetro.com.my/node/147498
Comments
Post a Comment