Keyakinan Orang Ramai Terhadap SPRM Meningkat Sejak 2009
KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berkata keyakinan dan sokongan orang ramai terhadap SPRM meningkat berikutan pelbagai inisiatif dan tindakan yang dilaksanakannya sejak 2009. Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob berkata menerusi program transformasi, SPRM melaksanakan pelbagai strategi operasi pencegahan rasuah, pengurusan berkesan modal insan dan meningkatkan usaha mencegah rasuah. "Pelbagai strategi dan pendekatan telah dilaksanakan termasuk 'engagement' dengan pihak-pihak berkepentingan untuk meningkatkan prestasi SPRM secara holistik," katanya dalam satu kenyataan di sini. Kenyataan itu sebagai mengulas laporan artikel Malaysia Today tulisan Raja Petra Kamarudin hari ini bertajuk 'When MACC Literally Gets Away with Murder'. "SPRM juga menekankan bahawa SPRM tidak semata-mata 'bertindak ke atas Perdana Menteri', sebagaimana didakwa Raja Petra bagi meningkatkan kredibil