Salah guna kuasa: SPRM nafi panggil MP
PUTRAJAYA - Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull menafikan seorang
ahli parlimen dipanggil agensi itu untuk membantu siasatan berkaitan
penyalahgunaan kuasa.
"Ini tidak betul," katanya kepada Bernama dalam satu pesanan ringkas melalui aplikasi Watsapp di sini malam tadi.
Beliau juga berkata SPRM tidak ada memanggil ahli parlimen yang memegang jawatan di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk memberi keterangan.
Sebelum ini dilaporkan seorang ahli parlimen dipanggil SPRM kerana menyalahgunakan kedudukannya sebagai pengarah sebuah GLC.
Laporan sebelum ini memetik seorang pegawai SPRM berkata: "Siasatan ada dijalankan. Tiada MP (ahli parlimen) ditahan". - Bernama

Comments
Post a Comment