Siasatan SRC International selesai hujung tahun ini
Timbalan Ketua Pesurujaya (Operasi) SPRM, Datuk Sri Shukri Abdull telah mengumumkan siasatan SRC International dijangka berakhir hujung tahun ini. Semestinya ramai yang menunggu hasil siasatan tersebut memandangkan isu ini menjadi perhatian ramai.
Dalam kenyataan yang dibuat beliau juga tidak menyebut siapa yang akan dipanggil kerana proses siasatan masih berlangsung. Walaupun ramai yang tertanya-tanya bila PM kita akan dipanggil untuk memberi penjelasan, namun waktu yang tepat masih lagi belum dapat diberikan kepada umum.
Saya percaya SPRM akan terus menyiasat buat beberapa bulan ini bagi mendapatkan jawapan yang sebenarnya. Adakah pemimpin kita benar-benar terlibat dalam hal itu atau sebaliknya?
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed juga telah memberikan jaminan kepada orang ramai bahawa siasatan yang dijalankan adalah telus. Kami yakin dengan janji Tan Sri dan mengharapkan kata-kata itu akan menjadi kenyataan.
Bila adanya berbagai cabaran hebat dan halangan yang dihadapi SPRM dalam menyiasat kes ini, pastinya semangat SPRM tidak luntur dalam menyelesaikan siasatan. Malah, cabaran yang dihadapi juga akam menjadi pembakar semangat kepada SPRM untuk mengheret mereka yang bersalah ke muka pengadilan.
Doa rakyat bersama anda, SPRM. Apa yang kami harapkan adalah jawapan yang pasti, telus dan profesional! Jangan biarkan apa-apa mencampuri urusan anda dan mengganggu hasil siasatan anda. Teruskan berjuang demi kebenaran dan demi negara tercinta!

Comments
Post a Comment