Usaha tingkat keyakinan masyarakat kepada SPRM perlu dipergiat

Usaha untuk meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu dipergiatkan lagi, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengurusan dan Profesionalisme SPRM Datuk Seri Zakaria Jaffar.

Ini berdasarkan kajian pada 2009 iaitu tahun pertama SPRM diwujudkan yang mendapati keyakinan masyarakat terhadap suruhanjaya itu hanya mencapai 39%, katanya.

Bagaimanapun, katanya, berikutan pelbagai usaha yang dilaksanakan, pada tahun lepas, keyakinan masyarakat terhadap SPRM meningkat kepada 68% namun ia masih belum mencukupi.


"Oleh itu, kita kena berfikir bersungguh-sungguh bagaimana kita hendak meningkatkan keyakinan masyarakat ini kerana kita mempunyai peranan yang cukup besar dalam mencegah rasuah," katanya pada majlis penghargaan Rakan SPRM Negeri Sembilan – SPRM Dihari 2015 bersempena sambutan ulang tahun BPR/SPRM ke-48 di Seremban, malam tadi.

Turut hadir Pengarah SPRM Negeri Sembilan Datuk Shaharom Nizam Abd Manap, Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias dan Pengarah SPRM Melaka Ramli Ismail.
Zakaria, yang akan bersara daripada perkhidmatan pada 12 Oktober ini pada usia 58 tahun, berkata walaupun bersara, perjuangan memerangi rasuah akan diteruskannya. – Bernama, 8 Oktober, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/usaha-tingkat-keyakinan-masyarakat-kepada-sprm-perlu-dipergiat#sthash.wYYjje3c.dpuf

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip