SEA-PAC kemuka permohonan rasmi jadi entiti ASEAN
PUTRAJAYA: Negara Anggota Asia Tenggara Memerangani Rasuah (SEA-PAC) mengemukakan permohonan rasmi untuk menjadi sebuah entiti dalam ASEAN, sebagai usaha mewujudkan persekitaran bebas rasuah di rantau ini.
Dalam satu kenyataan, SPRM berkata permohonan ini dibuat susulan mesyuarat SEA-PAC Ke-10 di Kuala Lumpur pada Disember tahun lalu yang mencadangkan supaya SEA-PAC menjadi sebuah entiti dalam ASEAN. Ia antara antara enam perkara yang terkandung dalam resolusi bersama dalam mesyuarat yang berlangsung pada 1 hingga 3 Disember 2014.
SPRM selaku pengerusi Mesyuarat SEA-PAC Kali Ke-10 menyerahkan permohonan rasmi kepada wakil Setiausaha Agung ASEAN Le Luong Minh di Sekretariat ASEAN di Jakarta, Indonesia pada Jumaat lalu (9 Oktober).
Permohonan berkenaan diserahkan Ketua Cawangan Perhubungan Antarabangsa SPRM, Penolong Kanan Pesuruhjaya Karunanithy Y Subbiah kepada Penolong Pengarah Promosi dan Perlindungan Hak Asasi Manusia, Keterlibatan dan Interaksi Masyarakat Madani, Direktorat Pembangunan Hal Ehwal Komuniti Entiti Bersekutu, Sekretariat ASEAN, Leena Ghosh.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull, berkata SPRM dan anggota SEA-PAC yakin perkembangan ini akan merealisasikan keputusan yang dicapai pada Mesyuarat SEA-PAC pada Disember lalu.
"Kami juga yakin usaha ini akan membantu ke arah meningkatkan usaha mewujudkan persekitaran bebas rasuah di rantau ini dan meningkatkan kerjasama dalam kalangan negara anggota," katanya.
Shukri percaya sekiranya permohonan ini mendapat kelulusan, ia akan memberi peluang kepada SEA-PAC untuk membawa sebarang isu pencegahan rasuah yang membabitkan rantau Asia Tenggara ke peringkat pemimpin negara ASEAN.
Sementara itu, SPRM berkata satu kumpulan kerja diketuai Pengarah Bahagian Dasar, Penyelidikan dan Perancangan SPRM, Datuk Ahmad Khusairi Yahaya diwujudkan bagi membincangkan syor supaya SEA-PAC menjadi satu entiti dalam ASEAN.
Hasil dari perbincangan susulan pada April tahun ini di Pulau Pinang, SPRM berkata semua agensi pencegahan rasuah negara anggota ASEAN bersetuju dengan cadangan SPRM untuk SEA-PAC menjadi sebuah entiti dalam ASEAN.
"Persetujuan ini dicapai kerana ia akan membawa SEA-PAC ke peringkat lebih tinggi di bawah ASEAN kerana terdapat isu-isu yang memerlukan keazaman politik dan persetujuan pada peringkat atasan," menurut agensi berkenaan.
Selain SPRM dan Komisi Pemberantasan Korupsi Indonesia, lapan anggota SEA-PAC yang lain ialah Biro Mencegah Rasuah Brunei Darussalam, Biro Penyiasatan Amalan Rasuah Singapura, Unit Pencegahan Rasuah Kemboja, Pejabat Ombudsman Filipina, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan Thailand, Inspektorat Kerajaan Vietnam, Pemeriksa Negara Laos dan Biro Siasatan Khas Myanmar.
Objektif SEA-PAC ialah mewujud dan memperkukuh kerjasama dan meningkatkan kapasiti serta pembinaan institusi dalam kalangan negara anggota bagi memerangi rasuah. - BERNAMA
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/88998

Comments
Post a Comment