Putrajaya pertimbang iktiraf syarikat bebas rasuah, beri ganjaran
Kerajaan sedang mempertimbangkan pemberian anugerah atau ganjaran kepada syarikat yang bebas rasuah dalam perniagaan masing-masing, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan hari ini.
Beliau yang bertanggungjawab ke atas portfolio tadbir urus dan integriti berkata, syarikat yang mengutamakan aspek bebas rasuah dan budaya berintegriti wajar diberi pengiktirafan sewajarnya.
"Kita harus beri ganjaran, anugerah kepada syarikat yang amalkan pendekatan bebas rasuah dalam perniagaan mereka.
"Sebagaimana kita ambil tindakan ke atas syarikat melakukan kesalahan rasuah, syarikat yang tidak amalkan rasuah dalam menjalankan perniagaan, perlu diiktiraf," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap melancarkan Anti-Corruption and Ethics (ACE) Centre iaitu pusat khidmat nasihat dan rujukan amalan baik berkaitan pencegahan rasuah yang berfungsi di bawah penyeliaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Low berkata, ia antara beberapa inisiatif yang sedang diteliti pihaknya dalam mewujudkan persekitaran berintegriti.
Turut sedang dikaji secara mendalam adalah mewujudkan peruntukan liabiliti korporat.
Low menyifatkan pelancaran ACE sebagai titik tolak dalam mewujudkan persekitaran bebas rasuah di Malaysia dalam jangka panjang.
Dalam ucapannya beliau juga menyeru sektor swasta agar mengamalkan pendekatan dan cara baharu menjalankan perniagaan yang mengutamakan amalan baik bagi mengelak rasuah.
“Sudah sampai masanya pihak swasta mempertimbangkan amalan pendekatan baharu mengendalikan perniagaan, yang seiring dengan amalan-amalan negara lain,” katanya.
Turut hadir pada majlis pelancaran ACE ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali dan Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Datuk Seri Prof Ir Dr Judin Abdul Karim.
Dalam pada itu, sempena majlis pelancaran ACE hari ini, turut berlangsung majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara Global Infrastructure Anti-Corruption Centre (GIACC) yang berpejabat di United Kingdom dan CIDB Holdings Sdn Bhd.
Bagi pihak GIACC, jalinan kerjasama ini ditandatangani oleh Neil Stansbury, pengarah dan pengasas bersama GIACC manakala CIDB Holdings pula diwakili oleh Ketua Eksekutifnya, Abdul Latif Hitam. CIDB Holdings Sdn Bhd adalah anak syarikat CIDB Malaysia.
Langkah menandatangani perjanjian kerjasama ini adalah satu titik tolak dalam usaha meningkatkan keberkesanan usaha mencegah rasuah di Malaysia, yang turut selari dengan pembentukan Pakatan Antirasuah Industri Pembinaan yang diterajui Kementerian Kerja Raya.
Pakatan kedua-dua GIACC dan CIDB Holdings membolehkan penggunaan kepakaran penyelesaian dan kelengkapan yang boleh membantu dalam langkah usaha dan pendekatan pencegahan rasuah dalam bidang pembinaan, selain penyediaan latihan dan bengkel.
Bengkel pertama pencegahan rasuah industri pembinaan telah berlangsung pada 5 Oktober 2015. Ia dihoskan SPRM dan CIDB Malaysia serta dihadiri sendiri Neil Stansbury.
Justeru, ACE sebagai entiti terbaru SPRM akan bekerjasama dengan rapat dengan Kementerian Kerja Raya, CIDB Malaysia dan CIDB Holdings bagi mencapai matlamat yang disasarkan. Sektor pembinaan adalah permulaan ke arah itu.
Di bawah Program Transformasi SPRM, ACE dibentuk untuk menangani isu-isu rasuah dengan memfokuskan ke atas aspek meningkatkan pengetahuan dan pendidikan berkenaan dengan usaha pencegahan rasuah, dan mempromosikan standard profesionalisme yang tinggi bersandarkan kepada prinsip kejujuran dan budaya berintegriti.
Justeru, ACE akan bertindak sebagai satu platform yang akan menyediakan pengetahuan, maklumat, kesedaran mengenai rasuah, dan juga keperluan pencegahan rasuah bagi sektor awam dan swasta.
ACE terletak di Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM. Ia boleh dihubungi di talian 03-88900600 atau menerusi emel ace@sprm.gov.my.
Sementara itu, Mustafar berkata, ACE akan bertindak sebagai pusat sumber dan pengetahuan dalam talian dan oleh itu, beliau yakin rasuah dapat diatasi secara menyeluruh di sektor swasta.
“ACE lebih memfokuskan untuk melibatkan bersama komuniti perniagaan. Pengetahuan dan maklumat yang disediakan akan merangkumi aspek asas mengenai rasuah dan juga mengenal pasti amalan baik yang diperlukan dan boleh digunakan oleh sesebuah organisasi untuk dijadikan kawalan dalaman menjauhi rasuah,” katanya dalam ucapan pada majlis pelancaran ACE. – 6 Oktober, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/putrajaya-pertimbang-iktiraf-syarikat-bebas-rasuah-beri-ganjaran#sthash.opNkt0Je.dpuf

Comments
Post a Comment