SPRM tidak pernah keluar kenyataan 1MDB tidak disiasat

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memperjelaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak disiasat. 

Sebaliknya, Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob berkata dalam kenyataan media bertarikh 22 September lalu, SPRM hanya menyebut bahawa SPRM tidak terbabit dalam siasatan ke atas 1MDB.

Malah, beliau berkata, isu 1MDB, syarikat pembangunan strategik milik kerajaan Malaysia itu disiasat sepenuhnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan oleh itu, sebarang pertanyaan berkenaan isu ini mestilah dirujuk kepada PDRM. 

"Perkara ini juga jelas susulan kenyataan Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) semalam dan diperjelaskan sebelum ini termasuk menerusi satu kenyataan media SPRM bertarikh 5 Ogos lalu. 

"Oleh itu, SPRM berharap mana-mana pihak tidak membuat kenyataan kononnya SPRM membersihkan pihak terbabit dalam isu 1MDB," katanya dalam kenyataan di sini, dengan merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh 1MDB hari ini. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/89003

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip