Usaha SPRM cegah rasuah makin berterusan!
Mencegah rasuah bukan perkara yang boleh dilakukan dalam masa sehari. Usaha tersebut perlu berterusan bagi memastikan rasuah dapat dibendung dari segala aspek dan dimensi. Hasil yang didapati juga bukanlah boleh dilihat serta merta namun memakan masa bagi menampakkan keberkesanannya.
Rasuah boleh wujud di mana-mana. Tidak kira apa sektor sekali pun, rasuah pastinya wujud jika ia tidak dibendung dengan baik dan tidak diberi pendedahan yang sepatutnya kepada masyarakat di sekeliling kita. Disebabkan itu, SPRM telah pun melangkah satu tapak ke hadapan untuk mencegah rasuah di pelbagai sektor iaitu sektor perbankan dan pembinaan.
Pada 5 Oktober, TKP (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata akan memberi lebih tumpuan dalam usaha memerangi rasuah dalam sektor perbankan. Usaha ini dijalankan bersama Persatuan Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) dalam masa terdekat.

Usaha-usaha secara bersepadu ini juga diharap akan membantu mengurangkan kadar rasuah, memperbaiki indeks persepsi rasuah dalam industri perbankan dan secara keseluruhannya mampu meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap SPRM.
Pada 6 Oktober pula, satu perjanjian kerjasama antara Global Infrastructure Anti-Corruption Centre (GIACC) yang berpejabat di United Kingdom dan CIDB Holdings Sdn Bhd juga telah berlangsung di mana SPRM dan CIDB telah menjadi hos untuk bengkel pertama pencegahan rasuah industri pembinaan,
Pakatan ini juga membolehkan penggunaan kepakaran penyelesaian dan kelengkapan yang boleh membantu dalam langkah usaha dan pendekatan pencegahan rasuah dalam bidang pembinaan, selain penyediaan latihan dan bengkel.
Di sini kita dapat lihat, SPRM berusaha untuk mencegah rasuah di sektor berkaitan untuk memastikan negara kita bebas rasuah dan syarikat yang terlibat mempunyai integriti yang tinggi dalam menjalankan amanah yang diberikan kepada mereka.
Diharapkan dengan usaha ini juga, kita dapat melihat hasil yang memberangsangkan dan berkualiti serta bebas rasuah. Syabas juga kepada SPRM kerana bertindak untuk mendekati sektor berkaitan dalam mendidik dan mencegah rasuah serta membawa ke tahap yang lebih baik. Semoga usaha ini berterusan hendaknya dalam sektor-sektor yang lain pula.
Comments
Post a Comment