SPRM terima dua anugerah cemerlang agensi ICT
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memenangi dua daripada 13 anugerah Sijil Pengiktirafan Pelaksanaan Cemerlang ICT Agensi, hari ini.
Dua anugerah tersebut ialah “Excellence In Analytic Business Operation Award” dan “Excellence In Analytic Employee Innovation Award”.
SPRM dalam satu kenyataan berkata, anugerah tersebut dilihat sebagai satu perkembangan positif sekaligus menyuntik semangat warga kerjanya bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Kelahiran Ke-48 BPR/SPRM pada 1 Oktober lalu.
“SPRM dipilih menerusi penyertaan dalam Kaji Selidik Pelaksanaan ICT Sektor Awam, yang memfokus bidang analisis, data, strategi analisis, data dan taktik analisis, penerimaan mobiliti, penggunaan media sosial dan infrastruktur bestari,” kata kenyataan itu.
Anugerah tersebut merupakan anjuran Malaysian Development Corporation (MDeC) serta Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) yang pertama kali diperkenalkan di Malaysia dan 100 agensi lain telah dinilai.
Anugerah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa pada Forum dan Wadah Perkhidmatan Digital Kerajaan di Menara Seri Wilayah, Putrajaya, hari ini.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Mohamad Jamidan Abdullah berkata pencapaian badan itu merupakan hasil gandingan kerja setiap warga kerja agensi tersebut khususnya Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat (BPRTM).
Katanya, siri inisiatif yang diambil sejak pelaksanaan Program Transformasi secara holistik sudah mula membawa hasil dan diiktiraf pada hari ini.
"Sistem ICT sentiasa dibangunkan secara dalaman berdasarkan sumber yang ada serta mempraktikkan pendekatan baharu dalam usaha melancarkan kerja khususnya bidang operasi di SPRM.
"Diharapkan pencapaian hari ini memberi motivasi kepada pegawai SPRM supaya lebih berinovatif dan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat sejajar dengan Program Transformasi SPRM 2009," katanya.
Sementara itu, Pengarah BPRTM, Nor Azmi Karim pula berkata, pelbagai inisiatif diambil bagi memastikan pembangunan sistem di SPRM akan terus menjadi komponen penting dalam menyokong transformasi.
"ICT adalah antara bidang utama yang dipandang serius oleh pengurusan tertinggi SPRM bagi memastikan fungsi SPRM dapat dilaksanakan dengan sistematik, efektif dan efisien serta telus agar perkhidmatan yang cemerlang dapat diberikan bagi memenuhi keperluan pihak berkepentingan dan rakyat,” katanya lagi.

Comments
Post a Comment