Juragan kapal penangkap ikan terserempak pegawai jujur

Korupsi sangat berleluasa di Malaysia sehingga anda boleh dimaafkan sekiranya percaya yang ianya sudah menjadi gaya hidup di Malaysia.
Ramai rakyat mengalami sendiri pengalaman korupsi atau pernah mendengar cerita kawan-kawan dan ahli keluarga yang terlepas daripada dikenakan tindakan undang-undang dengan hanya memberikan beberapa ringgit.
Duit atau permintaan bertukar tangan bukan sahaja di jalanan.
Awal minggu ini, bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo dipenjarakan kerana korupsi, sementara skandal kewangan terbaru yang berlaku termasuklah isu “derma” RM2.6 bilion mencetuskan kritikan dalam kalangan pejuang anti rasuah dalam dan luar negara, politikus dari kedua belah pihak dan sudah pasti, rakyat sendiri.
Ini tidak bermakna negara ini sudah musnah.
Masih ada orang yang baik, tidak melakukan rasuah dalam kalangan kita.
Salah satu contoh yang didedahkan baru-baru ini dalam satu laporan The New Straits Times,  yang mana sebuah kapal penangkap ikan cuba merasuah pegawai-pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang sedang berkawal.
Menurut laporan, bot kawalan APMM telah menjumpai kapal penangkapan ikan yang berada 50 nautikal di timur laut Kuala Terengganu pada jam 10.15 pagi 29 Sept.
Bot patrol APMM kemudiannyaa mendekati kapal asing itu dan menaiki kapal itu untuk pemeriksaan.
Juragan kapal berusia 39 tahun kemudiannya menawarkan RM5,000 rasuah untuk membebaskan mereka dan kapal mereka tetapi pegawai-pegawai APMM itu menolaknya.
Tujuh nelayan itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan permit kerja yang sah.
Semua 18 nelayan itu, berusia antara 16 hingga 45 tahun, kemudian ditahan dan dibawa ke jeti APMM Kuala Terengganu untuk siasatan lanjut dibawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen perikanan, di mana lima tan ikan dan 500kg sotong kering telah dirampas.
18 orang itu berkemungkinan di denda RM100,000 sekiranya didapati bersalah, sementara juragan itu, yang kes sudah dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, berhadapan di denda tambahan sebanyak RM1 juta kerana cubaan merasuah.
Seronokkan membacanya?
Pegawai yang menolak rasuah itu patut menerima pujian. Syabas!
Ini adalah satu kejayaan integrity berbanding wang.
Negara ini tidak pernah kekurangan mereka yang penuh integrity yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam.








Baru-baru ini, kita telah membaca laporan mendiang Timbalan Pendakwa Raya Kevin Anthony Morais yang dibunuh kerana menolak rasuah yang cuba diberikan.
Kita tidak boleh melupakan pengorbanan mereka yang baik seperti Morais.
Pihak berkuasa juga perlu memberinya dan mereka sepertinya yang telah membuktikan integriti mereka tidak boleh dijual beli.
Kita, rakyat, juga perlu menghargai dan meraikan mereka yang penuh integriti dan paling penting, menyokong mereka.
Mereka perlu tahu yang mereka menerima sokongan kita dalam menjalankan tugas mereka tanpa bimbang dan gentar.
Kerana itu, kita perlu memainkan peranan paling penting dalam memberikan tauladan yang baik kepada generasi masa hadapan.
Pertarungan untuk memusnahkan budaya korupsi ini bermula dengan kita.
Jadi lain kali anda menemui diri anda mahu merasuah bagi memudahkan kehidupan anda atau menghapuskan masalah, lupakan sahaja.
- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Jarugan-kapal-penangkap-ikan-menemui-pegawai-yang-jujur#sthash.tPj05Rfy.dpuf

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip