Panel khas adili siasatan SRC Int & RM2.6b
Baru-baru ini berlangsungnya Majlis Paluan Berundur sempena persaraan mantan TKP (Pengurusan & Profesionalisme) SPRM, Datuk Sri Zakaria Jaffar di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA).Beliau bersara selepas berkhidmat di jabatan awam selama 33 tahun. Bukan tempoh masa yang singkat ya. Pengalaman dan cabaran yang beliau tempuhi semestinya sangat banyak semasa menjalankan tugas beliau.
Dalam masa yang sama, beliau juga mengakui cabaran yang ditempuhi SPRM pada tahun ini merupakan cabaran paling besar yang SPRM hadapi. Perkara yang jadi siulan orang ramai mestilah isu 1MDB dan SRC International.
Terdapat 6 cadangan yang dikemukakan DS Zakaria iaitu:
-Selesai siasatan SRC & dana Rm2.6b sampai habis
-Jangan takut dan gementar laksana amanah SPRM
-Tunai harapan rakyat, Majlis Raja2 Melayu
-Harap Peguam Negara bantu panel bebas timbang syor SPRM
-Harap SPRM bentang hasil siasatan kepada panel bebas pemantau
-Aktifkan semula pasukan petugas khas siasat kes 1MDB
Cadangan yang paling menjadi perhatian tentunya penubuhan panel khas untuk mengadili isu SRC Int & RM2.6b dengan saksama. Panel khas ini mesti terdiri daripada seorang dari bekas Peguam Negara, seorang bekas hakim dan seorang wakil dari Majlis Peguam untuk mengkaji hasil siasatan kes itu,
Secara peribadi, cadangan ini sangat bagus kerana mereka yang dilantik adalah bebas dari segala tanggungjawab kerja yang disandang mereka. Mereka juga tidak terikat dengan mana-mana agensi dan ini membolehkan mereka boleh membuat keputusan tanpa takut dan pilih kasih.
Penubuhan panel khas ini penting kerana rakyat menginginkan jawapan yang segera dari pihak berkuasa. Ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku. Paling penting, rakyat inginkan pesalah itu dihukum sekiranya benar mereka bersalah!
Pihak berkuasa juga perlu menimbang cadangan yang diberikan beliau kerana pandangan beliau ada benarnya. Saya yakin beliau lebih memahami senario yang berlaku di negara ini kerana pengalaman beliau tiada tandingnya.
Akhir sekali, rakyat menginginkan jawapan yang telus dari pihak berwajib. Jangan sebelahkan mana-mana pihak kerana rakyat sudah pandai menilai mana yang buruk, mana yang baik. Jika benar ada pesalahnya, hukumlah mereka tanpa mengira pangkat dan kuasa. Buktikan sistem kita telus dan boleh dipercayai.

Comments
Post a Comment