SPRM tahan 7 kontraktor TM dipercayai kemuka tuntutan palsu

SEREMBAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tujuh kontraktor pemasangan produk Telekom Malaysia (TM) yang dipercayai mengemukakan borang palsu bagi mendapatkan kemudahan internet. 

Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap, berkata semua suspek yang berusia antara 24 sehingga 43 tahun itu, ditahan di pejabat SPRM kira-kira jam 10 malam tadi.

Katanya, mereka ditahan selepas pihaknya menerima laporan dan mendapati kontraktor yang dilantik TM itu, membuat tuntutan palsu kerana tiada pemasangan dibuat pada alamat yang terdapat pada borang permohonan. 

"Siasatan awal SPRM mendapati suspek disyaki membuat penipuan dengan mengatakan pemasangan telah dibuat di alamat pada borang permohonan, tetapi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan semua nama dan nombor kad pengenalan pada borang itu tidak wujud," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. 

Shaharom Nizam berkata, SPRM sudah mendapatkan perintah tahanan reman di Mahkamah Majistret di sini, pagi tadi, terhadap semua suspek selama lima hari bermula hari ini hingga Ahad ini.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/88932

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip