Kuasa pengguna perangi rasuah
SETIAP daripada kita adalah pengguna. Bermakna setiap mereka yang  menggunakan perkhidmatan atau sesuatu produk mempunyai hak dan kuasa  dalam menentukan perkhidmatan dan produk yang mereka peroleh itu  berkualiti dan tidak membawa kemudaratan ke atas diri  mereka.   Di sebalik pengguna, satu lagi kumpulan yang ada kaitan adalah pembeli  dan pelanggan. Pengguna tidak semestinya pelanggan atau pembeli. Tetapi  setiap pembeli dan pelanggan adalah pengguna.   Di Malaysia dan di mana-mana negara jumlah pengguna, pembeli dan pelanggan bergantung pada kuasa membeli masing-masing.  Tetapi pokoknya mereka mempunyai kuasa untuk menentukan kepentingan  mereka tidak terjejas. Kepentingan mereka tidak dikompromi sama sekali.   Kuasa pengguna   Pengguna boleh memainkan peranan yang amat penting dalam mewujudkan  budaya berintegriti, sekali gus melahirkan persekitaran bebas rasuah.   Rasuah, perkataan yang banyak diperkatakan oleh masyarakat pada hari  ini, dengan mudah diatribut kepada kerajaan dan...