SPRM bentuk panel khas teliti syor kes SRC International
Jawatankuasa
 Khas Mengenai Rasuah hari ini yang menyambut baik keputusan Suruhanjaya
 Pencegahan Rasuah membentuk panel khas berkaitan siasatan kes profil 
tinggi. – Gambar fail
 The Malaysian Insider, 29 Disember, 2015.
 
 
Jawatankuasa
 Khas Mengenai Rasuah hari ini yang menyambut baik keputusan Suruhanjaya
 Pencegahan Rasuah (SPRM) membentuk panel khas berkaitan siasatan kes 
profil tinggi seperti
 SRC International dan dana RM2.6 bilion, menjamin ianya tidak akan 
mencabar kuasa Peguam Negara.
Pengerusi
 Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata badan
 itu melihat penubuhan panel bebas itu sebagai langkah penting 
memandangkan siasatan dikendalikan
 SPRM merupakan kes berprofil tinggi.
"JKMR
 juga memberi jaminan pembentukan panel khas ini tidak sama sekali 
mencabar dan menjejaskan segala kuasa Peguam Negara yang ada di bawah 
Perlembagaan Persekutuan
 dalam membuat keputusan kerana peruntukan perundangan akan tetap 
terpelihara," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau
 yang juga speaker Dewan Negara juga yakin keputusan badan anti rasuah 
itu dapat menangkis persepsi negatif terhadap SPRM selama ini.
"JKMR
 yakin pengwujudan panel bebas khas ini yang julung kali dibentuk akan 
menangkis kemungkinan tanggapan atau persepsi negatif terhadap SPRM yang
 sentiasa menjalankan siasatan
 dengan bebas, telus dan profesional," katanya.
Beliau
 berkata, keputusan itu dimaklumkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu 
Kassim Mohamed dalam 1 pertemuan baru-baru ini di mana penubuhan panel 
khas merupakan syor daripada
 JKMR dalam Laporan Tahunan 2014 dan diedarkan kepada ahli Parlimen pada
 1 Disember tahun ini.
"Berdasarkan
 maklumat yang diterima daripada ketua pesuruhjaya SPRM , pengurusan 
tertinggi SPRM yang bermesyuarat pada 22 Disember 2015 juga mencapai 
persetujuan berkenaan pelantikan
 ahli panel bebas khas ini yang terdiri daripada kalangan profesional 
dan tidak terlibat dalam parti politik," katanya.
Tambahnya,
 sepertimana disyorkan JKMR, panel bebas terdiri daripada 5 ahli di mana
 3 ahlinya daripada 5 badan bebas yang memantau perjalanan SPRM.
"Panel
 bebas khas ini akan melihat dengan teliti segala penemuan siasatan dan 
syor yang dibuat SPRM berkenaan dengan kes SRC International dan dana 
RM2.6 bilion dalam kertas siasatan.
"Panel
 khas bebas ini akan memastikan cadangan yang dibuat dalam laporan 
siasatan adalah atas merit bukti yang dikutip oleh SPRM. Selain itu ia 
bertujuan untuk memastikan siasatan
 SPRM adalah telus," katanya.
Sebelum,
 SPRM mengakui harapan rakyat untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku 
dalam kes RM2.6 bilion dan SRC International Sdn Bhd yang sedang 
disiasat amat tinggi.
Dalam siri ke-2 wawancara khas bersama akhbar Sinar Harian, Abu
 Kassim bagaimanapun berkata, pihaknya tidak boleh mendedahkan dengan lebih terperinci mengenai 2 kes itu kerana terikat dengan undang-undang.
Kedua-dua
 kes yang disiasat SPRM merupakan kes berprofil tinggi kerana ianya 
melibatkan skandal pentadbiran Najib. – 29 Disember, 2015.
Comments
Post a Comment