SPRM ambil tindakan dakwaan rasuah pembalakan di Kelantan
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mengambil tindakan terhadap satu laporan media berhubung dakwaan rasuah yang membabitkan pembalakan di Kelantan bernilai lebih RM5 juta.
SPRM dalam kenyataan hari ini, berkata siasatan berhubung perkara itu sedang dikendalikan dan berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi hingga selesai siasatan dijalankan.
Dalam kes yang dilaporkan media terbabit, SPRM mengucapkan terima kasih atas maklumat yang dikongsi, namun SPRM memerlukan masa untuk melengkapkan siasatan.
"Sekiranya mana-mana pihak yang pernah membuat laporan kepada SPRM ingin mengetahui status siasatan boleh menghubungi SPRM sendiri untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut," katanya.
Mengikut kenyataan itu, SPRM percaya usaha pencegahan rasuah dapat dilaksanakan dengan berkesan jika setiap anggota masyarakat bekerjasama dengan pihaknya. - BERNAMA.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/105673

Comments
Post a Comment