Ancaman rasuah terhadap anak muda Malaysia
FIRDAUS
atau nama penuhnya Firdaus Ramlan, bukan sahaja memiliki nama yang
memikat bahkan ceramah yang disampaikan olehnya juga mampu memikat.
Walaupun sudah hampir lewat malam, hadirin yang terdiri daripada belia
tetap khusyuk mendengar ceramah Firdaus.
Sebagai bekas majistret yang melalui
kehidupan di penjara atas kesalahan rasuah, Firdaus ‘layak’ memberi
nasihat. “Jangan sekali-kali mendekati atau cuba-cuba merasai rasuah.
Kerana rasuah hidup merana. Kerana rasuah kita boleh jatuh dalam sekelip
mata,” katanya dengan penuh karisma.
Saya pasti mereka yang mendengar ceramah Firdaus akan berikrar dan berjanji dalam diri untuk tidak terbabit dalam jenayah, malah tidak sanggup meringkuk di penjara.
Beliau bersama-sama saya menjadi ahli panel Program Pencegahan Rasuah Bersama Pemimpin Belia Selangor 2015 anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di CIAST, Shah Alam, baru-baru ini.
Atas kapasiti sebagai ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, salah satu daripada lima badan bebas yang memantau SPRM, saya menerima pelawaan SPRM Selangor untuk berkongsi pengalaman dengan golongan belia negeri itu. Golongan yang perlu diberi panduan untuk menjalani hidup mereka secara berintegriti.
Saya berkongsi penemuan satu kajian kendalian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang antara lain menunjukkan 54 peratus daripada 5,000 kes rasuah yang dilaporkan dari 2003 hingga 2012 membabitkan golongan berusia 15 hingga 35 tahun.
Meskipun sudah lebih satu dekad, saya rasa perangkaan ini masih relevan untuk dijadikan ukuran. Saya berpandangan ia masih sesuai diberi perhatian untuk diambil langkah susulan yang lebih konkrit bagi mewujudkan persekitaran bebas rasuah.
Pengarah Pendidikan Masyarakat SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd. Jamil pada awal tahun juga menegaskan perkara ini. Media memetik beliau menyebut bahawa belia adalah golongan paling ramai terlibat rasuah. Seramai 30.5 peratus penuntut yang ditemubual dalam kajian UKM itu mengakui sanggup menerima rasuah jika mereka berkuasa manakala 15 peratus daripada mereka tidak kisah untuk menawarkan rasuah bagi mendapatkan sesuatu urusniaga. Seramai 15.7 peratus pula pernah memberi rasuah bagi melepaskan diri atas kesalahan yang dilakukan.
Kedua-dua kenyataan dan hasil kajian tadi menunjukkan ada kaitan sendiri. Maka ada kewajaran jika kita mengambil kira apa yang berlaku dan yang kita saksikan kebelakangan ini.
Belia adalah kumpulan produktif sesebuah negara. Begitu juga Malaysia. Sejak tahun lalu kerajaan telah memperkenalkan sidang Parlimen Belia. Ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam melahirkan barisan kepimpinan yang membina bagi negara dalam jangka panjang.
Jika kita rumuskan bahawa 30 peratus sanggup memberi rasuah untuk mendapatkan khidmat bermakna satu pertiga tenaga kerja berhadapan dengan persekitaran tidak sihat. Budaya integriti menjadi persoalan. Bermakna rasuah menjadi sebahagian hidup kalangan orang yang bekerja dan sebahagian besarnya golongan muda.
Maka, kajian kendalian UKM itu mengusulkan usaha membanteras rasuah memerlukan pelan jangka panjang yang menyeluruh dan holistik, bukan untuk memerangi rasuah semata-mata tetapi juga untuk menangani masalah-masalah yang berkaitan seperti etika dan integriti kerana rasuah ialah manifestasi keruntuhan etika dan integriti.
Amalan sosial dan budaya serta penerimaan pemberian rasuah untuk melancarkan birokrasi dan urusan perniagaan kepada memudahkan urusan-urusan lain hanya membentuk kitaran ganas kejam yang sukar dihentikan. Hanya apabila pemberian dan penerimaan rasuah dilihat sebagai tidak wajar dan tidak dapat diterima sebagai tingkah laku yang normal dan sihat, maka selagi itu sebarang inisiatif antirasuah hanya kelihatan seperti mencurah air ke daun keladi. Oleh itu, usaha memerangi rasuah tidak terhad kepada kerajaan dan SPRM. Sebaliknya, harus melibatkan semua lapisan masyarakat terutama badan-badan dan pertubuhan-pertubuhan yang mewakili golongan belia.
Baru-baru ini juga saya berpeluang mengambil bahagian dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, yang dianggotai oleh wakil rakyat dari Barisan Nasional dan pembangkang, untuk merumuskan laporan tahunan 2015 sebelum dikemukakan kepada kerajaan dan Parlimen. Beberapa syor telah disenaraikan untuk dikemukakan kepada kerajaan bagi meningkatkan usaha memerangi rasuah.
Mengambil kira perkembangan ini, pada pandangan saya, orang ramai seharusnya mengubah persepsi berkenaan dan menerima kenyataan bahawa rasuah juga menular di setiap lapisan masyarakat. Kita harus maju ke depan untuk melihat persepsi baru mengenainya.
Program kesedaran dan pendidikan perlu untuk membentuk golongan belia yang berintegriti dan bebas daripada amalan rasuah.
Tidak kira Melayu, Cina dan India. Kita harus faham bahawa perkongsian kesedaran dan pendidikan bukan hanya melibatkan satu kaum tetapi semua rakyat Malaysia. Jadi perlu ada program berkaitan dengan pendidikan untuk memberikan kesedaran dan memerangi amalan rasuah ini, daripada terus menular.
Golongan belia perlu diberi pemahaman mengenai rasuah secara total dan konsisten. Rantaian kesedaran yang bermula di sekolah perlu diteruskan ke peringkat kolej dan universiti, dan seterusnya di alam pekerjaan.
Syor SPRM agar undang-undang rasuah diperketatkan perlu direalisasikan dalam waktu terdekat. Ini termasuklah peruntukan liabiliti korporat. Peruntukan ini sangat penting dengan mengambil kira bilangan mereka yang disabitkan kesalahan rasuah adalah yang bekerja atau menjalankan bisnes. Kerugian rasuah sukar diperincikan namun yang pasti gejala rasuah akan meletakkan kedaulatan undang-undang dan polisi pembangunan menjadi tidak bernilai.
Meskipun bilangan belia yang terlibat dalam jenayah rasuah agak membimbangkan, kesedaran untuk menjauhi jenayah ini juga memperlihatkan trend yang positif. Ramai yang tampil mengatakan “tidak” kepada rasuah dan suapan. Pendek kata, masih ada ruang yang baik untuk dieksploitasi bagi melahirkan generasi yang beriltizam menjauhi rasuah.
DATUK IRMOHIZAM IBRAHIM merupakan ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah dan Ahli Parlimen Kuala Selangor dan Presiden Majlis Belia Selangor.
http://www.utusan.com.my/rencana/ancaman-rasuah-terhadap-anak-8232-muda-malaysia-1.164595

Comments
Post a Comment