Zakaria Jaffar Dilantik Felo MACA
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) mengurniakan Anugerah Felo MACA kepada bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Zakaria Jaffar.
Ini kali pertama MACA memperkenalkan anugerah felo berkenaan, menurut kenyataan SPRM hari ini.
Pengarah MACA Datuk Abdul Wahab Abdul Aziz berkata pemilihan Zakaria ialah bagi mengiktiraf sumbangan beliau dalam soal pembangunan program latihan pegawai SPRM selain pengalaman lebih tiga dekad beliau dalam badan itu.
Zakaria bersara daripada perkhidmatan awam pada 12 Okt 2015.
Dalam kenyataan sama, Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata MACA perlu sentiasa mengkaji jenayah rasuah serta membuat penambahbaikan dalam segala hal berkaitan usaha memerangi rasuah, antara isu penting keselamatan negara.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment