Kuasa pengguna perangi rasuah
SETIAP daripada kita adalah pengguna. Bermakna setiap mereka yang menggunakan perkhidmatan atau sesuatu produk mempunyai hak dan kuasa dalam menentukan perkhidmatan dan produk yang mereka peroleh itu berkualiti dan tidak membawa kemudaratan ke atas diri mereka. Di sebalik pengguna, satu lagi kumpulan yang ada kaitan adalah pembeli dan pelanggan. Pengguna tidak semestinya pelanggan atau pembeli. Tetapi setiap pembeli dan pelanggan adalah pengguna. Di Malaysia dan di mana-mana negara jumlah pengguna, pembeli dan pelanggan bergantung pada kuasa membeli masing-masing. Tetapi pokoknya mereka mempunyai kuasa untuk menentukan kepentingan mereka tidak terjejas. Kepentingan mereka tidak dikompromi sama sekali. Kuasa pengguna Pengguna boleh memainkan peranan yang amat penting dalam mewujudkan budaya berintegriti, sekali gus melahirkan persekitaran bebas rasuah. Rasuah, perkataan yang banyak diperkatakan oleh masyarakat pada hari ini, dengan mudah diatribut kepada kerajaan dan