Posts

Showing posts from April, 2017

SPRM MERAFAK SEMBAH DAN SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH

Image
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), YBhg. Datuk Dzulkifli bin Ahmad mewakili seluruh warga SPRM menjunjung kasih dan merafak setinggi-tinggi tahniah atas pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong XV. SPRM yakin dengan pertabalan Seri Paduka Baginda ini akan merancakkan dan memperkasakan lagi pelaksanaan pentadbiran kerajaan yang bersih daripada anasir rasuah dan salahguna kuasa bagi kesejahteraan rakyat serta pembangunan negara. Merafak sembah penuh taat setia, SPRM bertekad untuk terus memikul tanggungjawab memerangi jenayah rasuah dan salahguna kuasa bagi memastikan pentadbiran kerajaan terus subur dan disanjung tinggi. SPRM juga akan terus melipatgandakan usaha-usahanya untuk memerangi penyelewengan, rasuah dan salahguna kuasa serta membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan. Seluruh warga SPRM mendoakan Seri Paduka Baginda dipanjangkan usia, mendapat keberkatan hidup da

YARM sokong isytihar rasuah musuh satu negara

SHAH ALAM - Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) menyokong sepenuhnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta Ahli Dewan Negara menggesa kerajaan supaya mengisytiharkan rasuah dan salah guna kuasa sebagai musuh nombor satu negara. Presidennya, Datuk Seri Zakaria Jaffar berkata, YARM melihat isu berkaitan dadah, kebolosan warga asing, penyeludupan, ketirisan pendapatan serta hasil negara, persempadanan, keganasan, jenayah kewangan, perjudian dan pelacuran makin berleluasa kerana wujudnya amalan rasuah dan salah guna kuasa. Menurutnya, rasuah yang berleluasa juga boleh menghakis sistem keadilan, nilai-nilai murni dan menggugat pemerintahan secara demokratik. "Ini sekaligus bakal melahirkan anggota masyarakat berperibadi buruk lagi hina kerana rela menggadai maruah agama dan diri demi mengejar wang ringgit, pekerjaan, jawatan, pangkat, hadiah serta sebagainya. "Jadi, kita menyeru kerajaan  agar sentiasa menyokong dan memberi kerjasama kepada SPRM dalam usaha

SPRM akan keluar waran

Image
KUALA LUMPUR 12 April - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengeluarkan waran tangkap ke atas bekas pemain kebangsaan Khairul Anuar Baharum sekiranya gagal menyerah diri untuk membantu siasatan kes mengatur keputusan perlawanan Liga Perdana. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki berkata, sekiranya Khairul yang lebih dikenali de­ngan nama jolokan Ah Chong gagal berbuat demikian, pihaknya akan menggunakan pelbagai cara untuk menjejakinya. “Kami beri tempoh kepada Ah Chong, jika dia tidak menyerah diri maka kami akan keluarkan waran tangkap,” katanya di sini hari ini. Semalam, SPRM dalam satu kenyataan mendedahkan pihaknya sedang mengesan bekas pemain kebangsaan itu untuk menjadi saksi berhubung kes mengatur keputusan perlawanan Liga Perdana melibatkan melibatkan pasukan Majlis Sukan India Malaysia-Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MISC-MIFA). Tambah kenyataan itu, orang ramai yang mempunyai makl

SPRM akan siasat rasuah libat pemberian E-kad

Image
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan melakukan siasatan sekiranya terdapat aduan rasuah atau salah guna kuasa dalam pemberian Enforcement Card (E-Kad) melibatkan pendatang tanpa izin (Pati). Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, sekiranya ada laporan dikemukakan, perkara tersebut akan diteliti terlebih dahulu sebelum siasatan lanjut dibuat. “Sekiranya ada laporan kita akan siasat sama ada wujud unsur rasuah atau salah guna kuasa,” katanya ketika ditanya media berhubung penglibatan SPRM dalam siasatan yang dibuat Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap tindakan beberapa cawangan Jabatan Imigresen mengeluarkan E-Kad kepada Pati tanpa mematuhi prosedur Program Penggajian dan Penempatan Semula Pati (Program Rehiring). Sementara itu, ketika berucap pada Majlis Konvokesyen ke-6 Pegawai Integriti Bertauliah (CeLO) di Pusat Strategik Pendidikan dan Latihan Berterusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM Crescent), di sini, Dzulki

SPRM cari Ah Chong untuk bantu siasatan kes MIFA

Image
KUALA LUMPUR 11 April – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan bekas pemain kebangsaan Khairul Anuar Baharum atau lebih dikenali sebagai ‘Ah Chong’ untuk membantu siasatan berhubung kes mengatur keputusan perlawanan Liga Perdana melibatkan pasukan Majlis Sukan India Malaysia-Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MISC-MIFA). SPRM dalam satu kenyataan memberitahu, Khairul dipanggil untuk menjadi saksi kes tersebut. “Dia juga pernah bermain untuk pasukan bola sepak Sela­ngor dan Negeri Sembilan. Kami minta dia hadir ke ibu pejabat SPRM dengan kadar segera untuk membantu melengkapkan siasatan kes ini,” menurut kenyataan itu, di sini hari ini. Menurut kenya­taan itu, sekiranya Khairul gagal hadir seperti yang diminta, pihak SPRM akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang sedia ada. Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pemain itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penguasa Mohd. Fadzli Alias di talian 03-8886

Rela bertindak sebagai mata, telinga - SPRM

Image
KUALA LUMPUR 11 April - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyeru 581 pegawai dan kakitangan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) hari ini menjadi mata serta telinga pihaknya dalam mengekang gejala rasuah mahupun salah guna kuasa. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, jabatan terbabit perlu bersama-sama memerangi gejala rasuah dalam setiap lapisan peringkat. Ujarnya, penglibatan agensi itu dalam menandatangani IBR secara tidak langsung menjadi pembakar semangat kepada seluruh warga kerja SPRM untuk terus berjuang dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab memerangi jenayah rasuah serta salah guna kuasa secara habis-habisan. “Inisiatif Rela itu sekaligus memperlihatkan kesungguhan jabatannya dalam memastikan pentadbiran dilaksanakan dengan lebih telus serta bebas daripada sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Menurut Dzulkifli, menerusi IBR, Rela juga d

SPRM,LHDN tangani kelompok tamak

SEJAK beberapa bulan lalu, negara dipaparkan dengan tindakan agresif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dan mendakwa penjawat awam yang melakukan rasuah dan salah guna kuasa. Tindakan tegas SPRM yang diterajui oleh Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Dzulkifli Ahmad mendapat sokongan ramai. Mereka berpendapat ketegasan agensi itu penting bagi memastikan kelompok yang tamak untuk hidup mewah dengan menjamah wang haram dapat dibanteras. Kelmarin pula, Mingguan Malaysia mendedahkan tindakan 10 syarikat gergasi ­melakukan pengelakan cukai melampau yang menyebabkan kerajaan kerugian beratus-ratus juta ringgit setahun. Pendedahan itu mendapat perhatian Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang melalui Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Sabin Samitah menegaskan, LHDN sama sekali tidak akan berkompromi dengan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Hasilnya, 10 syarikat terlibat diambil tindakan. Mereka dikehendaki membayar cukai penuh dan dikenakan penalti yang ­kesemuanya ber

Bersihkan bola sepak daripada rasuah

Image
TERNYATA kancah bola sepak tempatan tidak pernah lekang mahupun sunyi daripada isu rasuah sama ada membabitkan pemain termasuk pemain import, pegawai pasukan mahupun sindiket bookie. Pada era 1990-an dunia bola sepak tanah air pernah digegarkan dengan skandal rasu­ah yang cukup parah sehingga ramai pemain yang terkenal pada ketika itu menerima padah kerana didapati bersalah dan dikenakan pelbagai tindak­an tatatertib termasuk digantung seumur hidup oleh Persatu­an Bola Sepak Malaysia (FAM). Jelas sejak itu isu rasuah dalam sukan bola sepak terus menarik perhatian khalayak kerana dari semasa ke semasa ada saja tangkapan yang dibuat membabitkan pemain dari pelbagai peringkat kejohanan. Terkini, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pemain tempatan berusia 26 dan 27 tahun bersama seorang pemain import berumur 29 tahun yang beraksi untuk kelab MISC-MIFA kerana dipercayai mengambil rasuah daripada bookie. Siasat­an awal menunjukkan ketiga-ketiga p

PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN DISIASAT SPRM DIDAKWA PALSU SALINAN KAD PENGENALAN

Image
Seorang Pembantu Perawatan Kesihatan yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas dakwaan memalsukan salinan kad pengenalan bagi tujuan permohonan perkhidmatan internet. Tertuduh, Nor Azuanis Mohamed Zawi, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang dibacakan dihadapan Hakim Azura Alwi. Dia didakwa memalsukan salinan kad pengenalan Malaysia melibatkan 19 penama bagi tujuan permohonan mendapatkan perkhidmatan internet daripada Telekom Malaysia Berhad. Nor Azuanis didakwa melakukan kesalahan tersebut antara Jun hingga Julai 2015 di Kuala Lumpur. Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Hakim Azura membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan 17 Mei sebagai tarikh sebutan semula kes. Bagi pihak SPRM, kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakw

Enam pegawai imigresen Sarawak mengaku tidak bersalah terima rasuah

Image
KUCHING - Enam pegawai penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak (JIMS) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah di sini hari ini atas pertuduhan menerima wang suapan pada tahun lalu. Kesemua tertuduh, Gracy Bohan, 35, Norhaliza Hussein, 33, Benjamin Morsit, 33, Khairul Nizam Omar, 41, Agnes James Daim, 42 dan Emily Ngayan Beliang, 36, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Nixon Kennedy Kumbong. Mereka didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan. Kesemua tertuduh didakwa menerima wang suapan antara RM100 hingga RM1,000 bagi melindungi pendatang asing tanpa izin yang tidak mempunyai dokumen perjalanan dan permit perkerjaan sah di negeri ini. Nixon Kennedy kemudian membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin antara RM5,000 hingga RM8,000 dengan seorang penjamin yang menetap di Kuching dengan slip gaji tidak kurang daripada RM1,000. Mahkamah turut menetapkan 28 April depan bagi sebutan s

Bangkit banteras barah rasuah

Image
PENZAHIRAN rasa dukacita Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja berhubung perlakuan penyelewengan, ketirisan dan rasuah di negara ini menunjukkan penyakit itu seolah-olah tidak ada ubatnya. Mana tidaknya, tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap individu yang terlibat rasuah, khususnya dalam kalangan penjawat awam, semestinya perlu dibimbangkan. Nampaknya perkataan rasuah sudah terpahat bukan sahaja di hati kebanyakan rakyat Malaysia, malah isu ini makin menjadi bualan hangat masyarakat. Tindakan SPRM yang seakan-akan tiada pengakhirannya membuatkan perasuah tidak senang duduk memikirkan nasib yang akan menimpa mereka. Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V sendiri menzahirkan dukacita kerana masih berlaku penyelewengan, ketirisan dan rasuah  melibatkan penjawat awam dan bekas penjawat awam ketika bertitah di Dewan Rakyat baru-baru ini. Baginda mengalu-alukan tindakan sewajarnya diambil ke atas mereka yang terlibat kerana boleh membantutkan kemajuan

Bekas pekerja 'Tan Sri geotube' pula ditahan

Kuala Lumpur : Seorang bekas juruukur bahan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di rumahnya di Johor Bahru pada jam 4 petang tadi berhubung kes mengemukakan tuntutan palsu berhubung pembekalan geotube. Sumber berkata, suspek berusia 48 tahun itu adalah bekas pekerja syarikat seorang Tan Sri yang dilantik untuk membekalkan alat geotube untuk projek Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Katanya, suspek ini adalah yang ketujuh ditahan berhubung kes berkenaan. Pagi tadi, seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri , anaknya dan tiga pegawai serta seorang pesara Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) termasuk Pengarah Bahagian Projek Khas dan jurutera tempatan ditahan reman selama enam hari. Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret A Akhiruddin Acho di Mahkamah Majistret Putrajaya bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan tuntutan palsu berhubung pembekalan geotube (penggalian) kerja-kerja pemulihan Sungai Melaka sejak 2012. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (O

Pengusaha kebun didakwa beri rasuah kepada pegawai MKN

KUANTAN - Seorang pengusaha kebun dan buruh ladang di Cameron Highlands didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan memberi dan menawarkan rasuah berjumlah RM38,000 kepada pegawai Majlis Keselamatan Negara (MKN), dua tahun lalu. Tertuduh, Chan Kok Fong, 40 dan Law Hee Thian, 38, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Datuk Habibah Mohamed Yusof. Kok Fong didakwa dengan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 manakala seorang lagi, Hee Thian pula dikenakan satu pertuduhan mengikut seksyen sama. Semua kesalahan tersebut dilakukan antara 8 April hingga 19 Mei 2015 di Coffee House Hotel Heritage, Tanah Rata, Cameron Highlands di sini. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan hingga 20 tahun dan didenda lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi. Hakim membenarkan ikat jamin kepada kedua-dua tertuduh masing-masing, RM10,000 buat Kok Fong da

Rohingya cuba suap RM50, kena denda RM10,000

ALOR SETAR: Seorang lelaki etnik Rohingya didenda RM10,000 dan penjara 10 hari oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini selepas mengaku bersalah menawarkan suapan RM50 kepada anggota polis bulan lalu. Tertuduh, Noor Salam Ibrahim, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Zanol Rashid Hussain. Mengikut kertas pertuduhan, Noor Salam didakwa melakukan kesalahan itu kepada anggota Balai Polis Mahang, Koperal Alias Othman untuk tidak mengambil tindakan ke atasnya yang memandu van tanpa lesen di tepi jalan berdepan Balai Polis Mahang, Kulim pada 31 Mac lalu, jam  3.10 petang. Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 (Akta 694). Prosiding kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, A Hafiizh Abu Bakar manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah turut menetapkan supaya tertuduh dipenjara selama 100 hari sekiranya gagal membayar denda. http://www.bharian.com.my/node/268546

SPRM tahan 3 pemain Liga Perdana ambil rasuah

Image
KUALA LUMPUR: Tiga pemain sebuah kelab bola sepak dalam Liga Perdana ditahan selepas dipercayai terbabit menerima rasuah daripada bookie untuk menentukan keputusan perlawanan, semalam. Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata seorang daripada mereka ialah pemain import. Suspek berusia antara 26 hingga 29 tahun. Bagaimanapun pemerhatian dalam carta Liga Perdana mendapati kelab berkenaan tidaklah begitu menyerlah dan berada pada kelompok agak tercorot. Bagi kes itu, mereka dipercayai mengambil antara RM10,000 hingga RM30,000 bagi menentukan keputusan perlawanan dalam Liga Perdana "Bagaimanapun, mereka dipercayai sudah mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit hasil daripada wang rasuah bola sepak itu. "Setakat ini hanya tiga individu yang ditahan tetapi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi akan ditahan berhubung siasatan kes itu pada masa terdekat," katanya. T imbalan Ketua Pesuruhjaya

Tuntutan palsu: 'Tan Sri' antara enam direman

PUTRAJAYA - Seorang usahawan bergelar 'Tan Sri' dan anak lelakinya antara enam orang yang direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan tuntutan palsu kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berkaitan projek pengindahan Sungai Melaka. 'Tan Sri' berumur 60-an itu ditahan di kediamannya di Johor kira-kira 10 pagi semalam manakala anaknya yang juga bekerja di syarikatnya merupakan suspek terbaharu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 11 malam tadi di Johor. Tiga lagi yang direman untuk tempoh sama sehingga 11 April itu merupakan pegawai di JPS dan seorang pesara di jabatan itu bagi membantu siasatan kes berkenaan. Menurut sumber SPRM, kesemua pegawai JPS yang ditahan disyaki bersubahat dengan Tan Sri itu yang merupakan pemilik syarikat dilantik untuk membekalkan alat 'geotube' bagi projek JPS, membabitkan kerja pemulihan sungai dengan menggunakan kaedah penggalian pada sekitar 2012. Kes dis

KERAJAAN NEGERI TERENGGANU TANDATANGANI IBR BERSAMA SPRM

Image
Kerajaan Negeri Terengganu  hari ini menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) atau Corruption Free Pledge yang dipelopori oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menjalankan tugas-tugas yang telah diamanahkan dengan ikhlas, telus serta bersih serta daripada sebarang anasir rasuah dan salah guna kuasa. Pada majlis tersebut, Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abdul Rahman mendahului upacara menandatangani IBR yang disertai sembilan Exco. Majlis yang berlangsung di bilik gerakan negeri, Wisma Darul Iman itu disaksikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad. Inisiatif ini sekali gus memperlihatkan kesungguhan Kerajaan negeri Terengganu bagi memastikan pentadbirannya dilaksanakan dengan lebih telus serta bebas. Dengan menandatangani IBR, kerajaan negeri memperlihatkan kepimpinan melalui teladan selain menunjukkan sokongan yang padu kepada inisiatif-inisiatif yang dilakukan oleh SPRM. SPRM berharap inisiatif ini dapat menyekat perbua

Pafa tandatangani Ikrar Bebas Rasuah

IPOH 5 April - Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) hari ini menandatangani dan melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ini menjadikan Pafa persatuan bola sepak kedua yang tandatangani IBR selepas Selangor. Majlis menandatangani dan ikrar diketuai oleh Presiden Pafa, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan diikuti  Ahli Jawatankuasa Eksekutifnya, pegawai pengurusan, pemain Liga Super, pasukan Piala Presiden, pasukan belia dan wanita serta PKNP FC. Turut hadir menyaksikan majlis tersebut ialah Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki. - UTUSAN ONLINE http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/pafa-tandatangani-ikrar-bebas-rasuah-1.465610#ixzz4dKgXMvdm

Kami perhatikan anda, amaran SPRM kepada pemain bola sepak

IPOH: Beberapa pemain bola sepak tanah air berada dalam radar pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki. “Saya akui ada nama tertentu dan sekiranya kami dapat keterangan, kami akan ambil tindakan. Ini amaran kepada kamu semua lebih baik berhenti. Terdapat sesetengah orang mungkin SPRM tidak boleh kesan, tetapi sekali kita tahu, kita akan menyiasat dan implikasinya selepas itu ialah kamu boleh dilarang seumur hidup. Ia tidak berbaloi kepada pemain atau persatuan mereka,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ikrar Bebas Rasuah Bersama SPRM oleh Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), semalam. Pada majlis itu seramai 380 orang pemain bola sepak dan pegawai di bawah Pafa berikrar untuk bebas daripada rasuah. Azam berkata berdasarkan risikan, satu sebab gejala rasuah berlaku dalam arena bola sepak adalah kerana mendapat desakan daripada “bookie”. “Bookie ini akan cuba mendekati dengan pelbagai cara. Oleh sebab

KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM RASUAH BERKAITAN ISU DAN PEGAWAI ALAM SEKITAR- LIMA INDIVIDU TERMASUK BEKAS PENGARAH BERPANGKAT DATUK DIDAKWA

Image
SERAMAI lima individu termasuk bekas Pengarah Jabatan Perhutanan Terengganu yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa atas pelbagai kesalahan rasuah melibatkan isu alam sekitar di empat negeri hari ini. Di Kuala Terengganu, bekas Pengarah Perhutanan Terengganu, Datuk Azmi Nordin dituduh atas tiga pertuduhan menerima rasuah RM60,000 pada Mac hingga Ogos 2013. Tertuduh berusia 58 tahun yang ketika ini bertugas sebagai Pengarah Bahagian Sivikultur dan Pemeliharaan Biologi Hutan, Jabatan Hutan Semenanjung itu mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mohammad Haldar Abdul Aziz. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana menerima rasuah dan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Di Kuantan, seorang pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) didakwa melakukan tuntutan palsu berjumlah RM23,400 pada Nov

Bekas pengarah didakwa terima rasuah RM60,000

Image
KUALA TERENGGANU - Bekas Pengarah Jabatan Perhutanan Terengganu, Datuk Azmi Nordin mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tiga pertuduhan menerima rasuah keseluruhan berjumlah RM60,000 pada Mac hingga Ogos 2013. Tertuduh berusia 58 tahun yang ketika ini bertugas sebagai Pengarah Bahagian Sivikultur dan Pemeliharaan Biologi Hutan, Jabatan Hutan Semenanjung membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mohammad Haldar Abdul Aziz. Dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana menerima rasuah, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya. Bagi pertuduhan pertama, Azmi didakwa menerima sejumlah RM30,000 daripada seorang kontraktor balak, Yew Keong Fah, 49, di Malayan Banking Berhad cawangan Kuala Terengganu pada 3 Mac 2013. Bagi pertuduhan kedua pula, Azmi didakwa menerima suapan daripada individu sama berjumlah RM20,000 di Bank Islam Malaysia Berhad cawangan Kuala

Pegawai Hidupan Liar didakwa buat tuntutan palsu

Image
KUANTAN 4 April - Seorang Pegawai Hidupan Liar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan membuat tuntutan palsu pembelian beg bernilai RM23,400 pada hujung 2013. Abu Zahrim Ismail, 44, membuat pengakuan tersebut dan meminta dibicarakan di hadapan Hakim Datuk Habibah Mohamed Yusof atas kesalahan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. Berdasarkan pertuduhan, pada 28 November 2013 di pejabat Penguasa Taman Negara, Jerantut dekat sini, tertuduh dengan niat memperdayakan Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) membuat tuntutan palsu atas nama Baraplas Kreatif Enterprise. Tuntutan palsu tersebut mengandungi pembelian 28 unit beg Haversack 75 liter jenama Deuter dan 60 unit drypack 30 liter. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Amer Abu Bakar Abdullah. Hakim Habibah menetapkan jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan 15 Mei ini unt

Anggota KPDNKK dituduh rasuah RM200

Image
ALOR SETAR 4 April - Seorang pembantu penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan menerima rasuah RM200, tiga tahun lalu. Tertuduh, Norzaishafril Shaffie, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Zanol Rashid Hussain. Mengikut pertuduhan, Norzaishafril didakwa menerima suapan wang tunai berjumlah RM200 daripada Zafizah Zakaria, 40, di sebuah gudang minyak diesel tidak bernombor di Kampung Remia Manis, Padang Terap pada pukul 4.32 petang, 24 September 2014. Dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang mana boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Hakim menetapkan sebutan semula kes pada 24 April depan. - UTUSAN ONLINE   http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/anggota-kpdnkk-dituduh-rasuah-rm200-1.465486#ixzz4dG7pGxUL  

Tidak mengaku terima rasuah

Image
Seremban: Ketua Penolong Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah di sini, hari ini atas enam pertuduhan menerima rasuah, dua tahun lalu. Tertuduh, Azman Othman, 46, membuat semua pengakuan di hadapan Hakim Fathiyah Idris sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. Mengikut kertas pertuduhan, Azman didakwa menerima rasuah berjumlah RM10,000 bagi melancarkan proses tuntutan bayaran bulanan dikemukakan syarikat SSMY Sutera Enterprise berkaitan kerja mencuci dan membersih bangunan di Paya Indah Wetlands, Jabatan Perhilitan, Dengkil, Selangor. Tertuduh didakwa menerima RM2,000; RM3,000; RM1,000; RM1,000, RM2,000 dan RM1,000 daripada Omri Omar secara dalam talian di bank di Jalan Tuanku Antah, di sini bermula 15 April hingga 19 Oktober 2015. Oleh demikian dia didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009 yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan denda lim

Dua penyelia tapak lombong haram didakwa beri rasuah kepada pegawai SPRM

Image
KUALA LUMPUR 4 April - Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memberi rasuah kepada dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung aktiviti perlombongan pasir secara haram di tanah rizab kerajaan, di Putrajaya, tahun lalu. K.Mohan, 42, dan How Ah Lai, 45, kedua-duanya merupakan penyelia tapak lombong haram mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Madihah Harullah. Berdasarkan pertuduhan Mohan didakwa memberi suapan wang tunai RM2,000 kepada Penolong Kanan Penguasa SPRM iaitu Mohd. Izham Mohd. Hashim, 36, sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan penguatkuasaan di bawah akta SPRM 2009. Ah Lai pula didakwa memberi suapan wang tunai RM300 kepada Penolong Kanan Penguasa SPRM, Mohd. Zaki Johari, 34, sebagai dorongan untuk tidak melaporkan kesalahan sebuah lori yang membawa muatan pasir keluar daripada kawasan perlombongan di Presint 20 Putrajaya kepada piha

SPRM bentuk EPACC tangani rasuah

Image
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membentuk Kokus Perlindungan Alam Sekitar dan Antirasuah (EPACC) bersama badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan pakar alam sekitar bagi membanteras rasuah dah penyalahgunaan kuasa dalam isu alam sekitar. SPRM dalam satu kenyataan berkata, ia hasil perbincangan meja bulat yang diadakan hari ini dipengerusikan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad untuk membincangkan dan berkongsi maklumat berhubung isu-isu rasuah berkaitan alam sekitar. Antara NGO serta pakar yang terlibat dalam perbincangan tersebut ialah Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA); Rimba Research; Sahabat Alam Malaysia (SAM), Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA); Jabatan Kejuruteraan Kimia, Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Pusat Sains dan Alam Sekitar (KIAS) serta Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). "Kesemua pihak terlibat bersetuju menjalinkan satu rangkaian kerja

Pastikan Hukuman Setimpal Jenayah - Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah

Image
PUTRAJAYA: Kenyataan seorang anggota Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertujuan membina dalam memastikan hukuman setimpal dengan jenayah dalam sistem keadilan jenayah di negara ini. Sambil menyatakan kenyataan Datuk Mohd Noor Abdullah itu disokong oleh lembaga tersebut, Pengerusi LPPR, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, ia merupakan sentimen yang dikongsi oleh majoriti mereka yang mahu lebih banyak dilakukan bagi membanteras rasuah, masalah sosial paling berbahaya dan melemahkan yang menjadi kebimbangan besar negara. "Apa-apa hukuman yang tidak bertindak sebagai pencegah berkesan bukanlah satu pencegah. Paling tidakpun sekadar hukuman ringan yang tidak memadai, atau paling teruk suatu penghinaan kepada keagungan undang-undang," katanya dalam kenyataan pada Isnin. Pada 28 Mac lalu, Mohd Noor, bekas hakim Mahkamah Rayuan membuat kenyataan di luar sidang media LPPR mengenai apa yang dianggap beliau hukuman-hu

TI-M hopes appointment of new judicial leaders will end impunity — Muhammad Mohan

APRIL 3 —  Transparency International Malaysia (TI-M)  supports the pledge from the Chief Commissioner Datuk Dzulkifli Ahmad, Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) to the new Chief Justice of Malaysia, Tan Sri Md Raus Sharif, to assist the Chief Justice to lead the judiciary towards excellence and ensure that the judiciary will be free from corruption. Corruption is undermining judicial systems around the world by denying citizens access to justice and the basic human right to a fair and impartial trial. The latest Global Corruption Barometer (GCB) released in February this year shows that 33 per cent of the respondents from Malaysia think that judges and magistrates are involved in corruption. This is an alarming indication in terms of public opinion. TI-M hopes that with the new judicial appointments for the new Chief Justice of Malaysia, President of the Appeals Court and Chief Judge of Malaya the fight against graft in Malaysia will continue and widespread corruption wil

DZULKIFLI IS A MASTER STRATEGIST AND THE BRAINS BEHIND MACC

Image

Hukuman berat untuk perasuah

Baru-baru ini bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Noor Abdullah mahu mahkamah menjatuhkan hukuman berat kepada mereka yang melakukan ke­salahan rasuah. Pada pandangan beliau, dalam kes melibatkan rasuah berjuta-juta ringgit contohnya, hukuman denda sekitar RM5,000 tidak setimpal dengan ke­salahan dilakukan. Beliau mahu pesalah tersebut dikenakan hukuman penjara. Sememangnya hukuman yang berat perlu dijatuhkan ke atas pesalah-pesalah rasuah bagi memastikan ia memberikan peringatan dan pengajaran kepada orang lain yang berhasrat melakukan jenayah itu. Seperti mana kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad, rasuah ibarat anai-anai yang akhirnya boleh meruntuhkan negara. Justeru salah satu elemen bagi memastikan usaha membanteras gejala itu berjaya adalah melalui hukuman seberat-beratnya ke atas pesalah-pesalah rasuah. Hukuman yang ringan apatah lagi sekadar denda mungkin tidak boleh menggerunkan pesalah ra­suah atau mereka yang

13 orang kenamaan diburu

Image
KUALA LUMPUR 31 Mac - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini memburu 13 orang kenamaan bagi membantu siasatan kes cubaan menyogok Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berhubung penganugerahan darjah kebesaran. Menurut sumber, kesemua mereka yang sudah dikenal pasti itu melibatkan golongan kenamaan, berkedudukan dan kaya. “Kita percaya Tan Sri yang kini ditahan reman berperanan sebagai ejen atau orang tengah kepada individu terbabit bagi mendapatkan gelaran Tan Sri dengan menawarkan RM2 juta kepada Sultan Ibrahim. “Berikutan itu, mereka yang berkaitan diminta tampil untuk memberi keterangan kepada pihak SPRM bagi membantu siasatan,” katanya di sini hari ini. Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara itu namun enggan mengulas lanjut. Terdahulu, seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri ditahan reman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkenaan. Majistret Nik Isfah