YARM sokong isytihar rasuah musuh satu negara
SHAH ALAM - Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) menyokong sepenuhnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta Ahli Dewan Negara menggesa kerajaan supaya mengisytiharkan rasuah dan salah guna kuasa sebagai musuh nombor satu negara.
Presidennya, Datuk Seri Zakaria Jaffar berkata, YARM melihat isu berkaitan dadah, kebolosan warga asing, penyeludupan, ketirisan pendapatan serta hasil negara, persempadanan, keganasan, jenayah kewangan, perjudian dan pelacuran makin berleluasa kerana wujudnya amalan rasuah dan salah guna kuasa.
Menurutnya, rasuah yang berleluasa juga boleh menghakis sistem keadilan, nilai-nilai murni dan menggugat pemerintahan secara demokratik.
"Ini sekaligus bakal melahirkan anggota masyarakat berperibadi buruk lagi hina kerana rela menggadai maruah agama dan diri demi mengejar wang ringgit, pekerjaan, jawatan, pangkat, hadiah serta sebagainya.
"Jadi, kita menyeru kerajaan agar sentiasa menyokong dan memberi kerjasama kepada SPRM dalam usaha memerangi rasuah dan salah guna kuasa yang merupakan isu nasional yang perlu ditangani bersama," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tambahnya, YARM juga menyeru semua pihak perlu menguatkan lagi iltizam memerangi rasuah dan perlu adanya kebersamaan dengan SPRM.
http://www.sinarharian.com.my/semasa/yarm-sokong-isytihar-rasuah-musuh-satu-negara-1.664528

Comments
Post a Comment