Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya
Bangunan baharu Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, bukan sahaja memberi keselesaan kepada warga kerjanya malah akan menjadi bangunan ikonik baharu di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Menampilkan reka bentuk yang unik dengan berdiri utuh di atas tiang-tiang tinggi, Ibu Pejabat SPRM itu sudah pasti mampu mencuri perhatian sesiapa yang melihatnya. Lebih menarik, pada waktu malam sinaran cahaya lampu yang menerangi di sekeliling bangunan berkenaan akan menyerlahkan lagi penampilannya dari jarak jauh. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, reka bentuk bangunan tersebut menampilkan suatu kelainan yang cukup unik sekali gus menjadi mercu tanda yang begitu menarik dan boleh dibanggakan oleh seluruh warga kerja SPRM. Tambah beliau, bangunan yang tersergam indah itu akan memberikan nafas baharu kepada seluruh warga kerja SPRM kerana dilengkapi den
Comments
Post a Comment