Rohingya cuba suap RM50, kena denda RM10,000
ALOR SETAR: Seorang lelaki etnik Rohingya didenda RM10,000 dan penjara 10 hari oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini selepas mengaku bersalah menawarkan suapan RM50 kepada anggota polis bulan lalu.
Tertuduh, Noor Salam Ibrahim, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Zanol Rashid Hussain.
Mengikut kertas pertuduhan, Noor Salam didakwa melakukan kesalahan itu kepada anggota Balai Polis Mahang, Koperal Alias Othman untuk tidak mengambil tindakan ke atasnya yang memandu van tanpa lesen di tepi jalan berdepan Balai Polis Mahang, Kulim pada 31 Mac lalu, jam 3.10 petang.
Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 (Akta 694).
Prosiding kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, A Hafiizh Abu Bakar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah turut menetapkan supaya tertuduh dipenjara selama 100 hari sekiranya gagal membayar denda.
http://www.bharian.com.my/node/268546

Comments
Post a Comment