Pengusaha kebun didakwa beri rasuah kepada pegawai MKN
KUANTAN - Seorang pengusaha kebun dan buruh ladang di Cameron Highlands didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan memberi dan menawarkan rasuah berjumlah RM38,000 kepada pegawai Majlis Keselamatan Negara (MKN), dua tahun lalu.
Tertuduh, Chan Kok Fong, 40 dan Law Hee Thian, 38, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Datuk Habibah Mohamed Yusof.
Kok Fong didakwa dengan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 manakala seorang lagi, Hee Thian pula dikenakan satu pertuduhan mengikut seksyen sama.
Semua kesalahan tersebut dilakukan antara 8 April hingga 19 Mei 2015 di Coffee House Hotel Heritage, Tanah Rata, Cameron Highlands di sini.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan hingga 20 tahun dan didenda lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.
Hakim membenarkan ikat jamin kepada kedua-dua tertuduh masing-masing, RM10,000 buat Kok Fong dan Hee Thian, RM5,000 dengan seorang penjamin.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Amer Abu Bakar Abdullah manakala Kok Fong diwakili peguam, Simon Evansondan dan Hee Thian pula tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan tarikh 3 Mei ini sebgai tarikh sebutan semula kes tersebut. - K! ONLINE
http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0406&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_14.htm#ixzz4dRryXRe2

Comments
Post a Comment