SPRM tahan 3 pemain Liga Perdana ambil rasuah
Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata seorang daripada mereka ialah pemain import.
Suspek berusia antara 26 hingga 29 tahun.
Bagaimanapun pemerhatian dalam carta Liga Perdana mendapati kelab berkenaan tidaklah begitu menyerlah dan berada pada kelompok agak tercorot.
Bagi kes itu, mereka dipercayai mengambil antara RM10,000 hingga RM30,000 bagi menentukan keputusan perlawanan dalam Liga Perdana
"Bagaimanapun, mereka dipercayai sudah mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit hasil daripada wang rasuah bola sepak itu.
"Setakat ini hanya tiga individu yang ditahan tetapi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi akan ditahan berhubung siasatan kes itu pada masa terdekat," katanya. T
imbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Azam Baki, ketika dihubungi BH mengesahkan tangkapan itu dan berkata pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan perbuatan yang boleh menjatuhkan reputasi sukan negara.
"Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, SPRM akan terus memantau dan menyiasat pemain-pemain bola sepak serta akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya perlu," katanya.
Kelmarin, Azam mengakui isu rasuah bola sepak membabitkan pemain negara masih belum reda dan ada nama tertentu dikaitkan dengan perbuatan itu.
Di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini, ketiga-tiga pemain terbabit direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16a (A) Akta SPRM 2009.
Majistret A Akhiruddin @ Boy Achoy membenarkan permohonan SPRM mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.
http://www.bharian.com.my/node/268499
Comments
Post a Comment