Pafa tandatangani Ikrar Bebas Rasuah
IPOH 5 April - Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) hari ini menandatangani dan melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ini menjadikan Pafa persatuan bola sepak kedua yang tandatangani IBR selepas Selangor.
Majlis menandatangani dan ikrar diketuai oleh Presiden Pafa, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan diikuti Ahli Jawatankuasa Eksekutifnya, pegawai pengurusan, pemain Liga Super, pasukan Piala Presiden, pasukan belia dan wanita serta PKNP FC.
Turut hadir menyaksikan majlis tersebut ialah Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki. - UTUSAN ONLINE
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/pafa-tandatangani-ikrar-bebas-rasuah-1.465610#ixzz4dKgXMvdm
Comments
Post a Comment