Bekas pekerja 'Tan Sri geotube' pula ditahan

Kuala Lumpur : Seorang bekas juruukur bahan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di rumahnya di Johor Bahru pada jam 4 petang tadi berhubung kes mengemukakan tuntutan palsu berhubung pembekalan geotube.

Sumber berkata, suspek berusia 48 tahun itu adalah bekas pekerja syarikat seorang Tan Sri yang dilantik untuk membekalkan alat geotube untuk projek Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Katanya, suspek ini adalah yang ketujuh ditahan berhubung kes berkenaan.

Pagi tadi, seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri , anaknya dan tiga pegawai serta seorang pesara Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) termasuk Pengarah Bahagian Projek Khas dan jurutera tempatan ditahan reman selama enam hari.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret A Akhiruddin Acho di Mahkamah Majistret Putrajaya bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan tuntutan palsu berhubung pembekalan geotube (penggalian) kerja-kerja pemulihan Sungai Melaka sejak 2012.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Dato Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

http://www.hmetro.com.my/node/219387

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip