SPRM cari Ah Chong untuk bantu siasatan kes MIFA
KUALA LUMPUR 11 April – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan bekas pemain kebangsaan Khairul Anuar Baharum atau lebih dikenali sebagai ‘Ah Chong’ untuk membantu siasatan berhubung kes mengatur keputusan perlawanan Liga Perdana melibatkan pasukan Majlis Sukan India Malaysia-Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MISC-MIFA).
SPRM dalam satu kenyataan memberitahu, Khairul dipanggil untuk menjadi saksi kes tersebut.
“Dia juga pernah bermain untuk pasukan bola sepak Selangor dan Negeri Sembilan. Kami minta dia hadir ke ibu pejabat SPRM dengan kadar segera untuk membantu melengkapkan siasatan kes ini,” menurut kenyataan itu, di sini hari ini.
Menurut kenyataan itu, sekiranya Khairul gagal hadir seperti yang diminta, pihak SPRM akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pemain itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penguasa Mohd. Fadzli Alias di talian 03-8886 7000 atau 018-2744 533.
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/sprm-cari-ah-chong-untuk-bantu-siasatan-kes-mifa-1.468352#ixzz4dzMddCB9
Comments
Post a Comment