KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM: OPS WATER MASUKI FASA AKHIR SIASATAN
Susulan Ops Water I & II yang dilancarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat kes rasuah dan penyelewengan melibatkan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) pada 4 dan 20 Oktober lalu, SPRM kini telah memasuki fasa terakhir siasatan berkenaan. Sehubungan itu, SPRM menjangka akan menyiapkan kertas siasatan dalam tempoh terdekat sebelum menghantarnya untuk keputusan oleh Jabatan Peguam Negara. Sepanjang proses siasatan, SPRM telah menahan reman seramai 28 individu melibatkan seorang bekas Pengarah, dua bekas Timbalan Pengarah, 23 jurutera dan juruteknik serta dua orang awam yang mempunyai kaitan dengan kes terbabit. SPRM juga telah merakamkan percakapan seramai lebih 200 saksi bagi membantu siasatan. Penyitaan dan rampasan-rampasan dokumen berkenaan melibatkan 30 lokasi di daerah-daerah di Sabah termasuk Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan dan Lahad Datu. Di samping itu juga, SPRM telah mengambil tempoh sebulan untuk melakukan analisis terhadap 8,000 baucar pem