Pengurus besar hidup mewah luar biasa disiasat SPRM

KUALA LUMPUR 9 Nov. – Benarkan beberapa projek kerajaan yang gagal disiapkan kontraktor dalam tempoh ditetapkan dite­rus­kan selepas terima suapan.

Itu antara salah guna kuasa yang dipercayai dilakukan seorang pengurus besar sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) sehingga mampu hidup mewah luar biasa.

Menurut sumber, demi wang, pengurus besar itu juga diperca­yai sanggup memecat pegawai bawahan yang enggan bersubahat dengannya.

“Bagaimanapun, salah laku le­laki itu berjaya dihidu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hasil maklumat awam.

“Siasatan awal mendapati dia yang telah memegang jawatan berkenaan sejak beberapa tahun memang hidup mewah di luar kemampuan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan memberitahu, pihaknya sedang me­nyiasat dengan teliti dakwaan berhubung pegawai tersebut.

“Inilah bahaya apabila seseorang yang mengamalkan rasuah sehingga sanggup mengenepikan mereka yang berintegriti asalkan matlamat menghalalkan cara.

“Mereka yang berintegriti sudah tentu tidak akan berkompromi dengan pegawai sedemikian ru­pa,” katanya ketika dihubungi di sini.

Azam menegaskan, SPRM memandang serius perkara seperti itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya dalam masa terdekat.

Beliau juga meminta pegawai-pegawai yang memegang jawatan penting untuk tidak menyalahgunakan kuasa yang ada untuk kepentingan diri sendiri sehingga menjejaskan kerjaya dan pendapatan orang lain.

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip