Skip to main content

Wang sitaan cecah RM40.1j





KUALA LUMPUR 15 Nov. - Jumlah sitaan wang simpan­an milik bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) yang ditahan semalam meningkat kepada RM40.1 juta selepas Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM) mengesan beberapa akaun bank berjumlah RM800,000 milik suspek hari ini.

Malah pihak SPRM turut me­rampas sebuah kereta mewah jenis Porsche yang dipercayai milik lelaki berkenaan yang di­ta­han kerana menganugerahkan projek bernilai RM50 juta kepada syarikat-syarikat kepentingannya ketika memegang jawatan itu selama lima tahun sejak 2010.

Menurut sumber, sehingga kini, jumlah sitaan wang sim­panan suspek bergelar Datuk itu meningkat daripada RM39.3 juta kepada RM40.1 juta hasil penemuan beberapa akaun bank miliknya serta ahli keluarganya itu.

“Buat masa ini, kita masih mengumpul bukti dan beberapa saksi juga sedang dikesan untuk diambil keterangan.

“SPRM masih dalam proses mengambil keterangan suspek dan dua lagi individu termasuk seorang Datuk yang ditahan di pejabat SPRM semalam bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan seorang pengarah bergelar Datuk sebuah syarikat GLC ditahan semalam di ru­mahnya di Shah Alam selepas di­kesan menganugerahkan pro­jek bernilai RM50 juta kepada kroninya.

Lelaki berusia 50 tahun itu dipercayai menjalankan kegiatan terbabit selama lima tahun ketika memegang jawatan sebagai CEO sebuah GLC sebelum dia dilantik menjadi pengarah sebuah GLC lain sehingga kini.

Hasil tangkapan itu, SPRM turut menahan dua suspek yang masing-masing adalah pe­ngarah urusan dan pengurus jualan syarikat kontraktor yang mempunyai hubungan keluarga dengan lelaki berkenaan.

Dalam pada itu, Timbalan Ke­tua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tang­kapan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.

https://www.utusan.com.my/berita/jenayah/wang-sitaan-cecah-rm40-1j-1.408182#sthash.SJriCLvu.dpuf

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip