Pengurus besar GLC salah guna kuasa, 13 saksi dipanggil

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memanggil sekurang-kurangnya 13 saksi bagi membantu siasatan berhubung seorang pengurus besar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang disyaki menyalahgunakan kuasa dan menerima sejumlah suapan melebihi RM10 juta.

Menurut sumber, mereka yang dipanggil untuk diambil keterangan antaranya terdiri daripada kontraktor dan beberapa agensi luar.

"Setakat semalam, SPRM telah memanggil seramai 13 orang saksi untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Oleh itu, SPRM akan terus memanggil saksi sehingga kes ini diselesaikan," katanya kepada Bernama.

Ditanya jika pihaknya akan membuat tangkapan lagi, sumber itu berkata beberapa tangkapan susulan akan dibuat melibatkan mereka memegang jawatan penting yang dipercayai menerima wang suapan dengan menyalahgunakan kuasa.

Pada Khamis lepas, SPRM menahan seorang pengurus besar syarikat GLC yang berumur 56 tahun itu di kediamannya di Seremban kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dan menerima wang suapan.

Suspek yang memegang jawatan itu sejak 2010 juga disyaki menamatkan perkhidmatan kira-kira 20 pegawai bawahan kerana enggan bersubahat dengannya, kata sumber berkenaan.

Semalam, pengurus besar syarikat GLC berkenaan direman selama lima hari bagi membantu siasatan SPRM.

Turut direman adalah dua kontraktor lelaki, dipercayai terlibat memberi suapan membenarkan mereka meneruskan projek di bawah seliaan suspek utama walaupun gagal menyiapkan kerja dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Perintah reman yang berkuat kuasa semalam sehingga Selasa itu dikeluarkan  Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman selepas ketiga-tiga suspek dibawa ke mahkamah di Putrajaya.

Kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 17 (a) (A) Akta SPRM 2009 kerana menerima dan memberi suapan. - Bernama


http://www.sinarharian.com.my/semasa/pengurus-besar-glc-salah-guna-kuasa-13-saksi-dipanggil-1.584936

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip