Skip to main content

SPRM akui siasat kes 
berprofil tinggi di Sarawak

KUCHING 7 Nov. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengakui terdapat beberapa kes berprofil tinggi sedang disiasat di negeri ini.

Walau bagaimanapun, Pengarah SPRM negeri, Datuk Badrul Shah Norman memberitahu, kes yang disiasat itu belum dapat didedahkan kerana masih dalam proses pengumpulan bukti dan keterangan.

“Bagi kes berprofil tinggi di negeri ini, ia masih lagi dalam proses pengumpulan bukti dan keterangan,” ujarnya kepada pemberita ketika ditemui semasa Program Integriti Bersama Ketua Jabatan dan Media di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Badrul Shah memberitahu, terdapat peningkatan jumlah tangkapan rasuah sejak 2014 sehingga ini.

Ujarnya, pada 2014, terdapat 59 individu ditangkap bersabit kes rasuah, diikuti 67 orang pada tahun lalu dan 73 orang setakat Oktober lalu.

Mengulas lanjut, katanya, daripada 73 tangkapan pada tahun ini, seramai 23 orang dicekup merupakan penjawat awam termasuk empat orang dalam kalangan kumpulan pengurusan dan profesional, 19 orang (kumpulan sokongan), 21 orang (penguat kuasa) dan selebihnya, 33 merupakan orang awam dan wakil syarikat swasta.

“Pada masa sama, SPRM menerima peningkatan jumlah aduan berhubung kegiatan rasuah iaitu 243 aduan pada 2014, 396 aduan (2015) tetapi turun sedikit kepada 300 aduan pada tahun ini,” jelasnya.

Mengenai operasi membanteras kegiatan pembalakan haram menerusi Op Tukul, Badrul Shah berkata, operasi dilancarkan sejak tahun lalu itu telah membuahkan kejayaan apabila banyak kes terbongkar dan diambil tindakan.

https://www.utusan.com.my/berita/nasional/sprm-akui-siasat-kes-8232-berprofil-tinggi-di-sarawak-1.404986#sthash.MZusnZ9T.dpuf

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip