Amanat Dzulkifli Bukti Ketegasan SPRM
PETALING JAYA: Amanat Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad menerusi "Warkah Terbuka Buat Rakyat Malaysia" membuktikan ketegasan agensi penguatkuasaan itu.
Presiden Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM), Datuk Seri Zakaria Jaffar berkata, mesej itu juga dilihat sebagai peringatan dan amaran yang wajar diberi perhatian rakyat pelbagai latar belakang di negara ini.
"Rakyat Malaysia untuk mengambil peluang ini bagi bersama-sama SPRM dalam memainkan peranan masing-masing agar tidak terlibat dengan persekitaran jenayah rasuah.
"Rakyat juga tidak harus tuding menuding sesama sendiri atau menyalahkan pihak tertentu apabila berlakunya jenayah ini," katanya menerusi kenyataan, Rabu.
Warkah terbuka yang dihasilkan Dzulkifli itu sempena 100 hari pelantikan sejak menerajui SPRM berkuat kuasa 1 Ogos lalu.
Selain itu, kata Zakaria, kenyataan Dzulkifli itu juga bersesuaian dengan kedudukan SPRM yang sudah mencapai tahap maksima dalam usaha memerangi rasuah.
Selain itu, YARM juga meminta kerajaan mempertimbangkan semula pemotongan peruntukan terhadap SPRM menerusi Bajet 2017 baru-baru ini.
"Pemotongan peruntukan tersebut, dikhuatiri akan menjejaskan imej dan perancangan operasi pencegahan SPRM secara khususnya," katanya.
Kata bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu, YARM yakin kerajaan komited dalam usaha memerangi rasuah berdasarkan pelbagai inisiatif yang diwujudkan bagi mencapai matlamat negara bersih tanpa rasuah.

Mewakili pertubuhan bukan kerajaan yang berjuang memerangi rasuah dan salah guna kuasa di negara ini, Zakaria berkata, gesaan supaya keputusan itu dikaji semula juga bagi tidak menimbulkan persepsi negatif di kalangan rakyat.
Comments
Post a Comment