Kes rasuah meningkat, SPRM lakukan 73 tangkapan




KUCHING - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak melakukan 73 tangkapan sejak awal tahun sehingga kini selain mengemukakan 42 pertuduhan di mahkamah selepas membuka 79 kertas siasatan berkaitan rasuah.

Pengarahnya, Datuk Badrul Shah Norman berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 59 tangkapan pada 2014 dan 67 tangkapan pada tahun lepas.

Beliau berkata, 23 daripada merela yang ditangkap tahun ini adalah kalangan penjawat awam yang terdiri daripada empat individu kumpulan Pengurusan dan Profesional dan 19 orang daripada kumpulan sokongan.

Berucap pada Program Integriti bersama Ketua-ketua Jabatan dan Media di Dewan Sri Bunga Rampai di sini, malam ini, beliau berkata selebihnya terdiri daripada kakitangan bahagian penguatkuasaan, pegawai syarikat swasta dan orang awam.

Daripada 300 aduan yang diterima dari awal tahun hingga semalam, SPRM Sarawak membuka 79 kertas siasatan, dan sebanyak 73 kertas siasatan dibuka daripada 234 aduan yang diterima dan 72 pertuduhan dilakukan pada 2014.

"Sepanjang tahun lepas, jumlah aduan yang diterima meningkat berbanding tahun sebelumnya kepada 396 dan daripada jumlah itu, 85 kertas siasatan dibuka, 67 tangkapan dilakukan dan 35 pertuduhan dibuat," katanya. - Bernama


http://www.sinarharian.com.my/semasa/kes-rasuah-meningkat-sprm-lakukan-73-tangkapan-1.582429

Comments

Popular posts from this blog

Ibu Pejabat SPRM ikonik baharu Putrajaya

Penolong arkitek UiTM didenda kes rasuah

Beri suapan RM1,100 untuk tukar sampel air kencing kepada air paip